• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Suruhanjaya Sekuriti Sasar 35-40 IPO Baharu Pada Tahun Ini – Pengerusi

in Saham
A A
Bursa Malaysia Jangka IPO Melebihi Rekod 2022

Gambar: Bursa Malaysia

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Sept (Bernama) — Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) berkata saluran bagi tawaran awam permulaan (IPO) Malaysia kekal sihat dan menyasarkan sebanyak 35-40 IPO baharu bagi tahun ini.

Pengerusinya, Datuk Seri Awang Adek Hussin berkata SC juga sedang berusaha untuk mempercepatkan proses IPO terbabit dan mengurangkan tempoh ke pasaran bagi memastikan kelangsungan daya saing dan tarikan negara ini.

“Malaysia akan memudahkan lagi (usaha) syarikat-syarikat untuk disenaraikan di Bursa Malaysia dan menarik lebih banyak pelabur,” katanya pada sesi panel bertajuk ‘Ketahanan Makro dan Pandangan Pasaran’ di acara Invest Malaysia New York di bandar raya Amerika Syarikat itu pada 21 Sept, 2023.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ketika berkongsi mesej jelas kepada hadirin yang juga pengurus dana asing, Awang Adek menegaskan bahawa pasaran modal Malaysia kekal teguh dengan jumlah dana dikumpulkan mencapai paras tertinggi dalam tempoh 10 tahun iaitu RM179.4 bilion (US$40.8 bilion) pada 2022 walaupun menghadapi cabaran global.

Malah, katanya, jumlah dana dikumpulkan dalam pasaran ekuiti dan bon korporat mencapai RM58.9 bilion (US$13.1 bilion) untuk tempoh enam bulan pertama tahun ini.

“Ini menunjukkan bahawa pasaran ekuiti dan bon tetap menjadi sumber pembiayaan yang penting untuk sektor swasta,” katanya.

Pada masa sama, Awang Adek berkata Malaysia juga sedang mengambil langkah-langkah untuk memacu kerancakan pasaran serta akses pelabur kepada pasaran modal negara, termasuk pemindahan automatik syarikat senaraian awam (PLC) yang layak daripada Pasaran ACE ke Pasaran Utama Bursa Malaysia.

Langkah lain termasuk pengurangan duti setem, membolehkan perdagangan bahagian saham oleh pelabur melalui broker saham dan memperkenalkan rangka kerja Skim Pengecualian Asing, kata beliau.

“Pelbagai perancangan juga sedang dijalankan untuk memudahkan dan menarik penubuhan pejabat keluarga di Malaysia, memperluaskan definisi pelabur berpengetahuan luas untuk merangkumi pelabur mangkin dan mengurangkan saiz lot niaga bagi perdagangan saham di Bursa Malaysia,” katanya.

Sambil menekankan bahawa asas-asas pasaran masih kukuh, Awang Adek berkata Malaysia mempunyai tawaran nilai yang kuat bagi syarikat asing dengan infrastruktur kukuh serta bakat tempatan yang berkualiti.

“Kecairan dalam negara kekal kukuh dengan penyertaan runcit tempatan dan asing yang sihat sepanjang pandemik COVID-19,” katanya.

Selain itu, pelabur asing kembali sebagai pembeli bersih pada 2022 yang juga kali pertama sejak 2017 dan menjadi pembeli bersih di pasaran bon pada sehingga kini dengan mencatatkan aliran masuk sebanyak RM27.4 bilion (US$6.1 bilion) pada Ogos 2023.

Terdahulu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan ucap tama pada forum Invest Malaysia New York anjuran Bursa Malaysia.

Forum itu dihadiri oleh 200 wakil komuniti kewangan dan pelaburan termasuk pelabur pendapatan asing tetap, ekuiti dan ekuiti swasta dengan Aset di Bawah Pengurusan (AUM) berjumlah lebih US$40 trilion (RM188 trilion). 

Hadir sama adalah Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Abdul Rasheed Ghaffour dan Ketua Pegawai Eksekutif Bursa Malaysia Datuk Muhamad Umar Swift.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIPOSC
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In