• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 30, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Jualan Automotif Kumpulan UMW Naik 18 Peratus Kepada 41,386 Unit Pada Ogos 2023

in Saham
A A
Kumpulan UMW Mendaftarkan Jualan Automotif Yang Baik, Catat Jualan Sebanyak 24,983 Unit Pada Julai 2022
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Jualan automotif kumpulan UMW meningkat sebanyak 18 peratus pada Ogos 2023 dengan 41,386 unit dihantar apabila UMW Toyota Motor (UMWT) dan syarikat bersekutu UMW, Perodua menyerahkan pesanan tertunggak mereka.

Jualan kenderaan kumpulan itu meningkat sebanyak 16 peratus kepada 271,515 unit untuk lapan bulan pertama 2023 berbanding 233,367 unit yang didaftarkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, katanya dalam satu kenyataan.

UMWT mencatatkan jualan yang lebih kukuh pada Ogos tahun ini dengan penghantaran sebanyak 10,275 unit, naik 13 peratus daripada 9,091 unit yang dihantar pada Ogos 2022.

Bagi tahun sehingga kini (YTD) pada Ogos 2023, UMWT mencatatkan 67,283 unit, naik sembilan peratus berbanding 61,639 unit dalam tempoh yang sama tahun lalu dan menguasai 13.4 peratus bahagian pasaran.

Model yang paling laris ialah Toyota Vios, Hilux dan Corolla Cross. UMWT memperkenalkan Toyota Corolla 2023 yang dipertingkatkan dan varian Corolla GR Sport. Ia juga melancarkan varian Lexus RX500h F Sport 2023 dan Lexus RX350 serba baharu pada Mei 2023, kata kumpulan UMW.

Sementara itu, Perodua mencatatkan 31,111 unit pada Ogos 2023, naik sebanyak 19 peratus berbanding 26,039 unit yang dihantar pada Ogos 2022, terutamanya disebabkan oleh penambahbaikan rantaian bekalan dan peningkatan operasi pengeluaran dan jualan.

Bagi YTD Ogos 2023, jualan Perodua melonjak kepada 204,232 unit, naik 19 peratus daripada 171,728 unit dalam tempoh yang sama pada 2022.

“Sehubungan itu, Perodua menguasai 40.7 peratus bahagian pasaran bagi YTD Ogos 2023 dengan model paling laris mereka ialah Bezza, diikuti Myvi dan Axia,” katanya.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UMW Holdings Bhd Datuk Seri Ahmad Fuaad Kenali berkata bagi YTD Ogos 2023, kedua-dua syarikat itu mencatatkan jualan lebih tinggi berbanding tempoh yang sama tahun lalu, didorong oleh model-model baharu dan promosi yang kompetitif dan menarik.

“Berdasarkan kepada tempahan yang tertunggak, kami yakin kedua-dua syarikat akan berjaya mencapai sasaran jualan 2023 mereka,” tambahnya.

— BERNAMA

TAG: UMW Group, jualan, automotif, UMWT, Perodua, Ogos

Tags: automotifjualanOgosPeroduaUMW GroupUMWT
Share206ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In