• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Minat Belian Muncul Kembali

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Sept (Bernama) — Dagangan di Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Khamis apabila aktiviti belian muncul dengan Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed) mengekalkan kadarnya, kata seorang penganalisis.

Pada 9.05 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 1.43 mata kepada 1,452.99 daripada 1,451.56 penutup Rabu.

Indeks utama memulakan dagangan pada paras 1,452.77, menambah 1.21 mata.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Bagaimanapun, pergerakan harga di pasaran menyaksikan kaunter rugi mendahului untung 161 berbalas 136, manakala 251 kaunter tidak berubah, 1,826 tidak diniagakan dan 11 digantung.

Jumlah dagangan 145.91 juta unit bernilai RM63.49 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata, Wall Street mengalami sesi yang sukar sebelum ditutup lemah apabila Rizab Persekutuan menangguhkan seketika kenaikan kadar faedahnya.

Namun begitu, Rizab Persekutuan telah memberi bayangan terdapat satu lagi kenaikan kadar sebelum akhir tahun, kata Thong kepada Bernama.

“Di dalam negara, FBM KLCI merosot kepada hampir paras 1,450. Justeru, kami menjangkakan indeks akan berlegar antara julat 1,450-1,460 hari ini,” katanya.

Beliau turut mengunjurkan sokongan pada saham perbankan hari ini berikutan penjualan sederhana sejak beberapa hari lepas.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan TNB tidak berubah, masing-masing pada RM8.86 dan RM10.12, Public Bank dan CIMB menambah dua sen setiap satu kepada RM4.21 dan RM5.64, manakala Petronas Chemicals turun dua sen kepada RM7.28 .

Bagi saham aktif, Hextar Industries naik satu sen kepada 41.5 sen, Top Glove Corp dan Careplus Group meningkat 1.5 sen, masing-masing mencatatkan 84.5 sen dan 30 sen, Supermax Corp peroleh tiga sen kepada 88.5 sen dan Tanco susut setengah sen kepada 55 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 11.45 mata kepada 10,766.49, Indeks FBMT 100 meningkat 11.89 mata kepada 10,432.44, Indeks FBM Emas Syariah meraih 4.24 mata kepada 11,022.70, dan Indeks FBM 70 menambah 23.29 mata kepada 14,369.57.

Sementara itu, Indeks FBM ACE susut 21.65 mata kepada 5,182.48.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 21.09 mata kepada 16,239.48, Indeks Perladangan mengembang 4.44 mata kepada 6,983.15, manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 0.13 mata menjadi 174.28, dan Indeks Tenaga turun 0.80 mata kepada 903.33.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaThong Pak LengWall Street
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In