• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, November 25, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Opcom Beli 18.03 Peratus Kepentingan Dalam Binasat Dengan Nilai RM39.2 Juta

in Saham
A A
Opcom, Global Forway Setuju Tamatkan Kerjasama Dalam Sektor 5G
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Opcom Holdings Bhd berkembang ke sektor telekomunikasi satelit berikutan anak syarikat milik penuhnya, Opcom VC Sdn Bhd’S (OVSB), mencadangkan pembelian 70 juta saham atau 18.03 peratus kepentingan ekuiti dalam Binasat Communications Bhd.

Menurut syarikat itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, OVSB akan memperoleh saham jualan untuk jumlah pertimbangan pembelian sebanyak RM39.2 juta, mewakili RM0.56 sesaham jualan.

Pengarah Urusan Opcom Johnson Chang berkata langkah itu mempunyai potensi yang besar berikutan Binasat mempunyai reputasi yang kukuh untuk cemerlang dalam menyediakan perkhidmatan sokongan yang penting kepada landskap telekomunikasi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Dengan pembelian ini, kami bukan hanya memperluas operasi kami dalam sektor telekomunikasi tetapi turut mempelbagaikan kepada perniagaan utiliti tenaga, langkah strategik yang meletakkan kami untuk pertumbuhan dan kejayaan yang berterusan,” katanya.

Pengarah Urusan Binasat Na Boon Aik berkata pihaknya yakin syarikat dapat memberikan nilai yang lebih besar kepada pelanggan dan pihak berkepentingan melalui kerjasama tersebut.

“Kami komited kepada proses integrasi yang lancar dan teruja dengan kemungkinan yang akan datang,” katanya.  

Binasat merupakan sebuah syarikat pemegang pelaburan dengan anak syarikat terlibat dalam menyediakan perkhidmatan sokongan untuk rangkaian telekomunikasi satelit, mudah alih dan fiber optik, perkhidmatan pembinaan infrastruktur utiliti rangkaian penghantaran dan pengedaran serta kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pengoperasian (EPCC) kemudahan solar.

Perjanjian penjualan saham (SSA) dijangka selesai pada minggu pertama Oktober 2023.

— BERNAMA

Tags: beliBINACOMBursa MalaysiaOpcomtelekomunikasi satelit
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

4 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

4 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

4 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

4 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In