• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Minox Sasar Kumpul RM22.5 Juta Daripada IPO Pasaran Ace

in Saham
A A
Minox Sasar Kumpul RM22.5 Juta Daripada IPO Pasaran Ace
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 20 Sept (Bernama) — Minox International Group Bhd menyasarkan untuk mengumpul RM22.5 juta daripada tawaran awam permulaan (IPO) di Pasaran ACE yang terdiri daripada terbitan awam sebanyak 90 juta saham biasa baharu.

Berdasarkan harga IPO pada RM0.25 sesaham dan saham terbitan diperbesar berjumlah 360 juta saham, permodalan pasaran Minox ketika penyenaraian adalah RM90 juta.

Menurutnya sebahagian besar atau 57.9 peratus daripada hasil itu akan digunakan untuk pertumbuhan perniagaan termasuk pembangunan dan penggunaan produk (RM4 juta), pembinaan gudang (RM4 juta), pembinaan gudang baharu di Singapura (RM5.01 juta) dan pembayaran balik pinjaman bank (RM4.50 juta). 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Minox adalah pengedar injap sanitari keluli tahan karat,tiub dan kelengkapan. 

Pengarah Urusannya Cheong Chee Son berkata, sejajar dengan langkah penyenaraian kumpulan itu kelak, syarikat telah menggariskan strategi pertumbuhan serampang tiga mata yang jelas.

“Pertama, kami berhasrat mengukuhkan kedudukan dalam industri semikonduktor yang dilihat berpotensi besar, dengan kami bersedia memperkenalkan kelengkapan vakum dan injap baharu untuk digunakan dalam barisan pengeluaran semikonduktor seperti komponen elektronik, sel solar, media storan dan kilang pembuatan LED.

“Seterusnya, kami bercadang membina gudang keempat di Puchong, Selangor yang akan menyediakan kawasan penstoran tambahan kira-kira 18,690 kaki persegi bagi menyokong jumlah perniagaan yang semakin berkembang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurut Cheong, bagi mempermudah pertumbuhan dan pengembangan perniagaan di Singapura, sebuah gudang baharu telah dibina di republik itu dengan jangkaan kawasan penstoran berkeluasan 7,500 kaki persegi. 

“Ini akan memberikan kami kapasiti tambahan untuk menyimpan kelengkapan vakum dan injap baharu bagi industri semikonduktor serta menyimpan inventori untuk memberikan perkhidmatan kepada pelanggan di Singapura dan pasaran luar negara lain seperti Bahrain,Kemboja, Denmark, Jerman, India, Jepun, Korea Selatan, Myanmar, Sri Lanka, Sepanyol dan Emiriah Arab Bersatu.

“Gudang baharu di Singapura ini akan membolehkan kami menyimpan inventori tambahan yang kemudiannya boleh mengurangkan purata kos seunit kami dengan memanfaatkan perjanjian perdagangan bebas Singapura dengan rakan dagangnya,” katanya.

Permohonan bagi terbitan awam dibuka bermula hari ini dan akan berakhir pada 5 petang  3 Okt 2023.

Minox dijangka disenaraikan pada 17 Okt.

— BERNAMA

Tags: IPOMinoxpasaran ACEProspektussaham
Share232ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In