• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Kerjasama CelcomDigi-Yinson Tingkatkan Ekosistem Mobiliti Elektronik

in Saham
A A
Kerjasama CelcomDigi-Yinson Tingkatkan Ekosistem Mobiliti Elektronik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 19 Sept (Bernama) — CelcomDigi Bhd menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Yinson Holdings Bhd untuk mempercepat penerimagunaan mobiliti elektronik di seluruh Malaysia.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CelcomDigi, Datuk Idham Nawawi berkata kerjasama itu merupakan pencapaian penting dalam perkongsian dengan Yinson sejak sekian lama.

“Ini adalah kali pertama di Malaysia penyedia perkhidmatan telekomunikasi bekerjasama dengan syarikat infrastruktur dan teknologi tenaga global untuk bersama-sama menginovasi cara kami menawarkan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) kepada pengguna,” katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani MoU itu di sini, pada Selasa.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

MoU itu ditandatangani antara Idham dan CEO Yinson, Lim Chern Yuan semasa pameran Kenderaan Elektrik dan Mobiliti (EVM) Asia 2023 yang diadakan di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC) di sini dari 19 hingga 21 Sept, 2023.

Majlis itu disaksikan oleh Timbalan Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Arthur Joseph Kurup.

Kerjasama itu membolehkan Yinson memanfaatkan rangkaian 4G LTE dan 5G CelcomDigi untuk memperkasakan sambungan bagi pengendali titik pengecasan untuk chargeEV, rydeEV, driveEV dan EV.

Kedua-dua syarikat juga akan meneroka penyelesaian untuk membolehkan pengguna kekal terhubung selain mempunyai akses harian kepada perkhidmatan yang dipertingkatkan teknologi seperti eBikes, EV dan stesen pengecas EV serta penyepaduan infrastruktur solar.

Lim berkata kerjasama itu akan menyokong lagi dasar progresif kerajaan Malaysia untuk mencapai matlamat sifar bersih seperti yang ditetapkan dalam Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030.

“Kesalinghubungan dan teknologi inovatif adalah asas bagi pembangunan sistem pengangkutan yang cekap, bersih dan saksama pada masa hadapan.

“Kami bersama-sama berharap dapat memberikan penyelesaian pengangkutan yang bersih dan bersepadu kepada rakyat Malaysia setiap hari, membawa kami secara kolektif lebih dekat untuk mencapai matlamat sifar bersih negara,” katanya.

Pada penutupan dagangan Bursa Malaysia hari ini, saham CelcomDigi turun dua sen atau 0.45 peratus kepada RM4.46 dengan 859,900 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: 5GCelcomDigiEVM Asia 2023kenderaan elektrikLTEYinson Holdings
Share220ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In