• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, April 29, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

CTOS IDGuard Bantu Cegah Penipuan Lebih RM300 Juta Dalam Sektor Perbankan

in Saham
A A
CTOS Beli Saham RAM Daripada Deutsche Bank, Dragonline Pada Harga RM46.88 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — CTOS IDGuard, yang merupakan sebahagian daripada rangkaian perkhidmatan penipuan dan pengecaman CTOS Digital Bhd, telah membantu mencegah permohonan yang berpotensi menipu bernilai RM319 juta dalam sektor perbankan sejak 2020.

Dalam keputusan bagi tempoh 36 bulan yang dikeluarkan hari ini, CTOS berkata CTOS IDGuard telah menyaring hampir tujuh juta permohonan daripada bank-bank ahli, meliputi lebih 65 peratus aset perbankan Malaysia.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Dengan penipuan dalam talian yang semakin meningkat di seluruh dunia dan pandemik baru-baru ini yang telah mempercepatkan urus niaga dalam talian, kebimbangan sedang dirasai daripada kesan pengembangan penyelesaian digital seperti pinjaman segera, pembayaran masa nyata, penggunaan digital yang didorong oleh pandemik dan khidmat bayaran tanpa sentuhan.

“Pendigitalan yang dipercepatkan turut disertai dengan risiko siber dan penipuan yang makin meningkat, ini dibuktikan di Malaysia apabila berlakunya lebih 55,000 kes jenayah siber dengan kerugian berjumlah RM1.8 bilion dari 2021 hingga Julai 2023,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Ketua Pegawai Eksekutif CTOS Erick Hamburger berkata CTOS IDGuard baru-baru ini melancarkan beberapa penambahbaikan, termasuk pengesanan penipuan yang lebih baik, meningkatkan kecekapan dalam proses penyiasatan penipuan dan risikan tambahan daripada sumber-sumber baharu.

“Kami juga telah menggunakan model pembelajaran mesin yang akan meningkatkan ketepatan dan kadar pengesanan. Penambahbaikan ini penting untuk sektor perbankan dan ekonomi kita memandangkan kewangan digital akan terus berkembang,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: CTOSCTOS IDGuardkerugian penipuansektor perbankan
Share230ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In