• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, January 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

10 Perkara Anda Perlu Tahu Sebelum Memohon IPO SSF Home Group Berhad

in Saham
A A
SSF Home Sasar Kumpul RM50 Juta Menerusi IPO Di Pasaran ACE
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Anda pernah pergi ke mana-mana kedai perabot SSF Home dan lalu tertarik dengan produk mereka?  Produk yang dijual SSF amat menarik membuatkan ramai orang rambang mata untuk membeli.

Sumber: SSFHome

Tahukah anda kedai perabot kegemaran anda tersebut itu bakal disenaraikan di Bursa Malaysia dan IPO SSF Home Group kini sedang dibuka untuk permohonan.

Sebagai seorang peminat tegar produk SSF, rugilah jika anda tidak terlibat dalam IPO dan cuba menjadi sebahagian daripada pemilik saham syarikat tersebut. Jika dahulu asyik jadi pembeli, kenapa tidak untuk menjadi pemilik pula? Menarik bukan?

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Inilah perkara yang menarik dalam pelaburan saham. Sebagai seorang pelanggan setia sesebuah produk atau syarikat, anda juga sebenarnya boleh menjadi pemilik syarikat tersebut.

Namun sebelum anda memohon IPO SSF Home Group Berhad, apa kata anda kaji 10 perkara ini terlebih dahulu.

1. Tarikh penting IPO SSF Home Group Berhad

Kalau berminat dengan IPO SSF Home Group Berhad, anda perlu tahu tarikh-tarikh penting seperti tarikh buka permohonan, tarikh tutup permohonan, tarikh cabut undi, tarikh saham dikreditkan ke dalam akaun CDS dan tarikh penyenarian.

Kami terjemahkan jadual tarikh di atas kepada anda untuk lebih mudah untuk difahami.

Tarikh Buka Permohonan: 8 September 2023

Tarikh Tutup Permohonan: 27 September 2023

Tarikh Undian: 3 Oktober 2023

Tarikh Penyenaraian: 12 Oktober 2023

2. Pemegang Saham Utama

Sumber: Prospektus

Untuk ketika ini, pemilik terbesar syarikat SSF adalah Wong Choong Long yang memiliki sekitar 386.4 juta unit saham dalam pegangan sebelum dan selepas IPO.

Pemegang kedua dan ketiga saham syarikat adalah Lok Kok Khong dan Chin See Kew yang masing-masing memegang sekitar 120 juta dan 35.52 juta unit selepas saham ini diterbitkan.

3. Pengasas SSF Home Group Berhad

Sumber: SSF Home

Untuk pengetahuan anda, kesemua produk SSF dipilih sendiri oleh Encik King Wong. Beliau mempelajari proses pembuatan perabot daripada kilang di China. Impian beliau adalah untuk menawarkan kehidupan bertaraf dunia kepada rakyat Malaysia pada harga yang mampu milik. Sebelum berlakunya pandemik, beliau sering melancong ke luar negara untuk mencari produk yang praktikal, cantik, selesa, dan berfungsi tinggi.

4.Perniagaan Syarikat

Sumber: Prospektus

Model perniagaan SSF tertumpu kepada perabot, perhiasan rumah, peralatan rumah dan servis pemasangan.

Produknya yang pelbagai memberi peluang kepada pelanggan untuk mendapatkan perabot dan produk hiasan rumah di outlet tersebut.

5. Dana Daripada IPO Akan Digunakan Untuk Apa

Sumber: Prospektus

Seperti yang kita ketahui, SSF Home Group Berhad menyasarkan untuk mengumpul RM50 juta menerusi IPO. Sebagai pelabur yang ingin memohon IPO SSF, kita mesti nak tahu bagaimana syarikat akan menggunakan hasil dana IPO tersebut.

Sebahagian besar daripada dana IPO tersebut akan digunakan untuk kos membina outlet yang baru. Kos permulaan sahaja telah mencecah RM20.97 juta merangkumi 41.9% daripada keseluruhan dana IPO.

Buat masa ini, SSF Home Group sedang menguruskan 41 buah outlet di Semenanjung Malaysia serta Sabah & Sarawak. Visi SSF adalah untuk menambah 18 buah outlet tambahan menjadikan jumlah outlet menjadi 59 buah dalam tempoh 4 tahun lagi.

Manakala 28.5% daripada hasil kutipan IPO akan digunakan bagi kos perbelanjaan modal.

Bakinya akan digunakan untuk membayar balik pinjaman bank, aktiviti pemasaran, modal kerja am, dan kos penyenaraian.

6. Pendapatan Syarikat

Sumber: Prospektus

Antara perkara penting yang perlu dikaji pelabur adalah pendapatan (revenue), keuntungan bersih (gross profit) dan margin keuntungan bersih selepas cukai (PAT margin %).

Jika melihat kepada prestasi 3 tahun terkini, jumlah jualan syarikat dilihat masih memberangsangkan. Pendapatan dan keuntungan selepas cukai terbaik yang dicapai oleh SSF adalah pada tahun 2021, dipercayai kerana orang ramai sudah mula beralih kepada bekerja dari rumah dan memerlukan perabot yang berkualiti di rumah.

Prestasi pada tahun lepas (2022) pula sedikit merosot namun masih mengekalkan margin keuntungan selepas cukai di atas 10%. Melihat kepada laporan di atas, pada tahun ini dijangka tiada masalah untuk SSF memintas margin keuntungan pada tahun lepas.

7. Kekuatan Syarikat

Beberapa kekuatan syarikat telah dikenal pasti melalui prospektus yang telah dilancarkan iaitu:

  • Kehadiran yang kukuh di seluruh Malaysia
  • Berpengalaman luas dengan pengalaman lebih 30 tahun dalam industri kelengkapan rumah
  • Mempunyai ramai pelanggan setia iaitu 82,997 pelanggan berdaftar
  • Diketuai oleh barisan pengurusan kanan yang berpengalaman
  • Mempunyai inventori yang besar 

8. Strategi Pertumbuhan dan Pelan Masa Hadapan

Sumber: Bursa Malaysia Digital Research

Antara strategi pertumbuhan dan pelan masa hadapan SSF adalah untuk menambah sebanyak 18 buah outlet masing-masing 6 outlet bagi 3 tahun pertama.

Selain itu, SSF juga merancang untuk menambah baik infrastruktur teknologi maklumat (IT) yang mana termasuk:

  1. Beralih ke sistem ERP
  2. Menambah baik laman web e-commerce
  3. Menaik taraf aplikasi telefon pintar SSFHOME

9. Status Syariah

Sumber: Prospektus


Berdasarkan prospektus, IPO SSF Home Group adalah berstatus patuh syariah. Syatus syariah tersebut telah disahkan oleh pihak SAC atau Shariah Advisory Council.

Maka, pelabur beragama Islam turut boleh memohon IPO ini. Semoga berjaya kepada semua pemohon.

10. Polisi Dividen

Berdasarkan prospektus, pihak syarikat belum memutuskan sebarang polisi dividen. Sebarang keputusan pemberian dividen di masa hadapan akan bergantung kepada banyak faktor. 


Walaubagaimanapun, sebarang dividen yang bakal diagihkan bergantung kepada persetujuan para pemegang saham pada mesyuarat agung tahunan. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Hidup ni tak perlu complicated sangat.

Dan tak perlu pun tengok saham ni hari-hari.
Cukup sebulan sekali.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress


Insya-Allah berbaloi… Pra-Daftar dahulu & jadi yang terawal untuk tahu sesi seterusnya!

Siap dapat diskaun Early Bird!

SAYA NAK PRA-DAFTAR!

Tags: Bursa MalaysiaSSF
Share492ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

5 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

5 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

5 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

5 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In