• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Citaglobal Meterai MoU Dengan Shanghai SUS Bangun Bersama Projek Tenaga Di Malaysia

in Saham
A A
Pemegang Saham Citaglobal Lulus Pengambilalihan Kepentingan Ekuiti Dalam CESSB Pada Harga RM140 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Citaglobal Bhd meterai memorandum persefahaman (MOU) dengan Shanghai SUS Environment Co Ltd – konglomerat rawatan sisa pepejal bandar dari China – bagi menjalin kerjasama dan melaksanakan pembangunan projek sisa kepada tenaga (WtE) di Malaysia.

MOU itu ditandatangani antara Ketua Pegawai Eksekutif SUS Cindy Li Haiyan dan Pengerusi Eksekutif dan Presiden Citaglobal Tan Sri Mohamad Norza Zakaria semasa Ekspo China-Asean ke-20 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-Asean di Nanning, China, dan disaksikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Citaglobal dalam satu kenyataan hari ini berkata, susulan permeteraian MoU itu, syarikat tersebut akan mengambil alih peranan utama dalam cadangan pembangunan projek WtE di Malaysia manakala SUS akan bertanggungjawab untuk membiayai, membina dan mengendalikan projek tersebut.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Kami amat berbesar hati bekerjasama dengan SUS, salah satu penyedia penyelesaian WtE terkemuka China, dengan rekod prestasi global yang kukuh. Pengurusan sisa telah menjadi satu kemestian, kini kebanyakan bandar kehabisan tapak pelupusan sampah.

“Sistem WtE bukan sahaja menyediakan sumber tenaga boleh baharu bernilai tinggi, tetapi apa yang lebih penting, keupayaannya untuk menukar sisa menjadi abu yang dapat mengurangkan dengan ketara jumlah sisa yang berakhir di tapak pelupusan sampah,” kata Mohamad Norza.

Menurutnya, sistem pembangunan WtE dilihat sebagai situasi menang-menang bagi Malaysia kerana selain melengkapkan sumber tenaga berasaskan bahan api fosil, sistem itu boleh menjana tenaga boleh baharu, mengurangkan keperluan tapak pelupusan, dan menghasilkan hasil untuk majlis perbandaran dan kerajaan tempatan.

Menurut Li, kerjasama dengan Citaglobal akan melonjakkan pelaburan SUS dalam pasaran WtE Malaysia.

Beliau berkata, dengan rekod prestasi meluas SUS yang kukuh, syarikat itu yakin dalam menyediakan loji WtE yang moden, bersih dan cekap untuk rakyat Malaysia.

“Di Malaysia, setiap tahun 38,000 tan sisa pepejal dikumpul setiap hari dan dibuang di tapak pelupusan sampah yang menduduki kawasan 150 ekar tanah. Kerajaan Malaysia menyedari akan keperluan mendesak ini dan merancang untuk menyediakan satu loji WtE di setiap negeri.

“SUS, bersama rakan kongsi kami Hitachi Zosen Corp, telah berjaya menghantar 1,400 loji WtE di seluruh dunia. Kami berharap untuk menyuntik RM15 bilion pelaburan langsung asing ke dalam ekonomi Malaysia untuk tujuan ini,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Cindy Li HaiyanCitaglobalMohamad Norza ZakariaMoUpengurusan sisa pepejalShanghai SUS Environment Co Ltd
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In