• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Bursa Dibuka Rendah Pagi Ini, Sentimen Pelabur Berhati-Hati Selepas Wall St Susut

in Saham
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pagi ini berikutan sentimen berhati-hati selepas Wall Street mempamer prestasi semalaman yang lemah pada Jumaat menjelang mesyuarat Rizab Persekutuan AS (Fed) mengenai hala tuju kadar faedah minggu ini, kata seorang penganalisis.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 4.49 mata kepada 1,454.54 daripada 1,459.03 penutup Jumaat. Indeks utama dibuka pada paras 1,456.96, susut 2.07 mata.

Di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 219 berbalas 192 manakala 283 kaunter tidak berubah, 1,679 tidak diniagakan dan 23 digantung.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Jumlah dagangan 401.38 juta unit bernilai RM174.01 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata walaupun sudah dijangkakan Rizab Persekutuan akan mengekalkan kadar faedah buat masa ini, angka inflasi utama Amerika Syarikat baru-baru ini masih menunjukkan sedikit pengembangan dan berkemungkinan besar kadar faedah akan kekal tinggi untuk masa yang lebih lama.

Pada urus niaga Jumaat, Purata Perindustrian Dow Jones (DJI) kehilangan 289 mata manakala Nasdaq merosot 218 mata apabila hasil 10 tahun AS meningkat lebih tinggi kepada 4.34 peratus.

“Di pasaran tempatan, FBM KLCI akhirnya menguji paras 1,460 atau paras tertinggi enam bulan selepas dirangsang aktiviti pengumpulan dana asing yang berterusan.

“Kami percaya tahap ini boleh dicecah dalam masa terdekat kerana penilaian saham mewah tempatan masih kekal rendah,” katanya kepada Bernama.

Walaupun menghadapi tekanan dari Wall Street, Thong menjangkakan indeks utama akan meneruskan trajektori menaiknya dan berlegar antara julat 1,460 dan 1,470 hari ini.

Dalam kalangan kaunter wajaran tinggi, Maybank susut tiga sen kepada RM8.88, Public Bank turun dua sen menjadi RM4.17, CIMB lemah satu sen kepada RM5.77 dan Petronas Chemicals menguncup 12 sen kepada RM7.31.

TNB bagaimanapun menambah dua sen kepada RM10.08.

Bagi saham aktif, Classita, Sapura Energy dan Meta Bright masing-masing menambah setengah sen setiap satu kepada 7.5 sen, enam sen dan 21.5 sen, manakala Tanco tidak berubah pada 54.5 sen dan Ekovest susut satu sen kepada 54 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 30.06 mata kepada 10,741.11, Indeks FBMT 100 susut 32.41 mata menjadi 10,412.38, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 42.59 mata kepada 10,968.76 dan Indeks FBM 70 lemah 45.41 mata kepada 14,206.42.

Indeks FBM ACE meningkat 1.37 mata kepada 5,210.87.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan berkurangan 19.61 mata kepada 16,310.62 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian susut 1.14 mata untuk mencatatkan paras 173.34 manakala Indeks Tenaga susut 3.16 mata kepada 890.70.

Indeks Perladangan turut merosot 62.86 mata kepada 6,974.35.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaRakuten TradeWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In