• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Operasi Hibiscus Petroleum Di Tok Bali Bakal Beri Manfaat Kepada Ekonomi Kelantan

in Saham
A A
Untung Bersih Tahun Kewangan 2022 Hibiscus Petroleum Melonjak Kepada RM613 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

PASIR PUTEH, 14 Sept (Bernama)– Pembukaan gudang Hibiscus Petroleum Oil and Gas Malaysia Limited (Hibiscus Petroleum) di Pangkalan Bekalan Tok Bali (TBSB) bulan depan bakal memberi manfaat ekonomi kepada negeri Kelantan.

Ketua Pegawai Eksekutif Hibiscus Petroleum Dr Pascal Hos berkata pemilihan lokasi operasi baharu ini adalah untuk menggantikan gudang yang sebelum ini beroperasi di Kemaman, Terengganu dengan mengambil kira kawasan berhampiran tempat cari gali minyak syarikat tersebut perlu terletak berhampiran dengan TBSB.

“Sebagai syarikat yang menitikberatkan tanggungjawab sosial, Hibiscus Petroleum mengendalikan program-program yang berobjektif untuk meningkatkan kualiti hidup dan sosioekonomi komuniti di kawasan operasi.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Keberadaan Hibiscus Petroleum di TBSB akan meningkatkan lagi ekonomi penduduk sekitar Pasir Puteh dan Kelantan menerusi program khidmat sosial yang akan dilaksanakan syarikat dari semasa ke semasa,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Kempen Keselamatan Murid Daerah Pasir Puteh di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ismail di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Pengarah Pendidikan Sektor Pembangunan Murid, Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kelantan, Mashadi Mustafa. 

Pascal berkata kempen anjuran Hibiscus Petroleum itu melibatkan 400 murid daripada enam buah sekolah rendah daerah Pasir Puteh dengan kerjasama pelbagai agensi kerajaan bagi memberi pendedahan berhubung panduan awal keselamatan diri pelajar.

Sebagai permulaan beberapa program CSR dilaksanakan di Kelantan tahun ini antaranya ialah bantuan bimbingan pengurusan perniagaan kepada 20 penguasaha keropok di Pasir Puteh.

Hibiscus Petroleum turut memberi khidmat bimbingan daripada segi pemasaran dan penggunaan teknologi pasaran digital kepada kelompok itu beberapa bulan lepas, keberkesanan program tersebut akan dinilai dalam tempoh setahun.

“Kami akan cuba meneroka sektor ekonomi lain yang boleh dimajukan dari semasa ke semasa di Kelantan terutama yang memberi impak penjanaan ekonomi kepada masyarakat setempat,” katanya.

Untuk rekod, Hibiscus Petroleum adalah sebuah syarikat penerokaan dan pengeluaran minyak serta gas bebas tempatan yang telah beroperasi selama 12 tahun di Malaysia.

–BERNAMA

Tags: CSRHibiscus PetroleumKelantanPangkalan Bekalan Tok Bali
Share253ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In