• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 24, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

MHB, SPIC Energy Malaysia Berhad Meterai MoU Untuk Pembangunan Tenaga Boleh Baharu Negara

in Saham
A A
MHB, SPIC Energy Malaysia Berhad Meterai MoU Untuk Pembangunan Tenaga Boleh Baharu Negara
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

IPOH, 13 Sept (Bernama) — Majuperak Holdings Berhad (MHB), anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNPk) memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan SPIC Energy Malaysia Berhad (SPIC Energy), anak syarikat State Power Investment Corporation (SPIC), antara lima syarikat penghasilan tenaga elektrik terbesar di China.

Menurut MHB dalam kenyataan, majlis menandatangani MoU itu yang berlangsung di Hotel Shangri-La, Kuala Lumpur pada Isnin lepas menandakan permulaan ke arah masa depan tenaga yang lebih mampan untuk negeri Perak dan Malaysia secara keseluruhannya.

Katanya inisiatif itu sejajar dengan program Flagship ke-12 Perak Sejahtera 2030 yang dipacu di bawah Flagship 12: Sumber Air dan Tenaga Boleh Baharu.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“Pencapaian ini menandakan satu langkah penting ke arah pembangunan projek tenaga boleh baharu berteknologi terkini dan bersifat lestari di negeri Perak.

“Di bawah MoU dengan jangka masa setahun ini, MHB dan SPIC Energy akan bekerjasama untuk meneroka potensi pembangunan projek fotovoltaik solar dipasang atas tanah dan terapung di Perak dan seterusnya meneroka potensi usaha sama untuk perkhidmatan kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan penyelenggaraan (EPCC) kepada bakal pelabur,” katanya.

Katanya kerjasama itu dijangka memberi impak besar kepada matlamat ekonomi hijau seterusnya mendorong pertumbuhan ekonomi mampan Malaysia dan akan meletakkan negeri Perak sebagai peneraju pembangunan mampan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif Kumpulan MHB Syed Agil Syed Hashim berkata kerjasama dengan SPIC Energy Malaysia Berhad mencerminkan keyakinan terhadap keupayaan MHB dan merupakan suatu pencapaian penting dalam komitmen mereka terhadap pembangunan mampan dan tenaga boleh baharu di Malaysia.

“Kerjasama ini akan dapat memberi manfaat teknologi hijau kepada Perak seterusnya menyumbang kepada objektif peralihan tenaga negara.

“Melalui usaha sama ini, kami ingin membina masa depan yang lebih mampan untuk komuniti tempatan. Inisiatif ini juga selaras dengan Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR), yang memacu peralihan tenaga daripada ekonomi berasaskan bahan api fosil tradisional kepada ekonomi hijau bernilai tinggi dengan matlamat pencapaian sebanyak 70 peratus menjelang 2050,” katanya.

Pengerusi Eksekutif Kumpulan MHB Datuk Redza Rafiq Abdul Razak pula berkata pihaknya percaya projek berimpak tinggi dengan faedah alam sekitar mampan boleh merealisasikan matlamat tenaga jangka panjang, memacu inovasi teknologi dan mewujudkan banyak peluang pekerjaan dan perniagaan, terutamanya di negeri ini.

“Kerajaan negeri kini giat memperkasakan inisiatif pembangunan Teknologi Hijau melalui PKNPk serta anak syarikatnya iaitu MHB yang telah diamanahkan untuk menggerakkan Agenda Teknologi Hijau di Perak.

“Dalam Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK) pada 8 Februari lalu, kerajaan negeri telah bersetuju untuk meluluskan pelaksanaan projek pembangunan solar terapung melalui skim Solar Berskala Besar (LSS) secara berperingkat, tertakluk kepada kajian kebolehlaksanaan dan permintaan industri di kawasan yang dikenal pasti bersesuaian di Perak,” katanya.

  — BERNAMA

Tags: Majuperak Holdings BerhadPerak Sejahtera 2030SPIC Energy Malaysia Berhad
Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In