• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, February 9, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

MBI, XOX Meterai MoU Wujudkan Lebih Banyak Stesen Pengecas EV Di Ipoh

in Saham
A A
XOX, DGB Bentuk Syarikat Tujuan Khas Untuk Miliki Bersama Mesin Layan Diri AI

Kredit Gambar: The Edge Market

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

IPOH, 14 Sept (Bernama) — Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) bercadang membina lebih banyak stesen pengecas kende­raan elektrik (EV) dalam tempoh terdekat, khususnya di kawasan tumpuan dan strategik di bawah penyeliaan pihak berkuasa tempatan itu.

Datuk Bandar Ipoh Datuk Rumaizi Baharin berkata inisiatif berkenaan bertujuan menarik kehadiran lebih ramai pengunjung ke Ipoh selain sebagai antara tarikan baharu kepada pengguna EV. 

Justeru, bagi merealisasikan sasaran itu, MBI telah memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat pengendali rangkaian mudah alih XOX Bhd (XOX) sebagai rakan kongsi teknologi strategik bagi meningkatkan infrastruktur dan perkhidmatan semasa dari segi pendigitalan. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

“MBI dan XOX akan mengenal pasti lokasi sesuai di sekitar bandar raya Ipoh kerana kita sedar jumlah penggunaan EV semakin meningkat di negara ini termasuk Ipoh untuk kita menyediakan perkhidmatan itu,” katanya pada sidang media selepas majlis memeterai MoU antara MBI dan XOX di sini hari ini. 

Turut hadir ialah Pengarah Eksekutif XOX Roy Ho, Ketua Pegawai Operasi XOX Winson Wong dan Ketua Whip Ahli Majlis MBI Datuk Mazlan Abd Rahman. 

Rumaizi berkata kerjasama itu bukan sahaja untuk membina stesen pengecas EV, malah turut melibatkan kemudahan lain termasuk meningkatkan taraf pengangkutan awam menerusi aplikasi elektronik digital.

Sementara itu, Roy Ho berkata XOX merancang untuk mewujudkan sebanyak 50 hingga 200 stesen pengecas EV secara berperingkat di Ipoh.

“Jika sesuatu lokasi tumpuan menyediakan kemudahan stesen pengecas EV, itu pasti akan menjadi nilai tambah dalam menarik kehadiran pengunjung ke lokasi berkenaan. 

“Namun, kita akan membina secara berperingkat atau berfasa agar kemudahan ini bukan sahaja boleh dinikmati oleh pengguna dari luar Ipoh, malah turut memberi impak langsung kepada masyarakat sekitar Ipoh,” katanya. 

Terdahulu, MBI dan XOX juga memperbaharui jalinan kerjasama yang dimeterai pada 24 Mei tahun lepas untuk memupuk kolaborasi di bawah program perkongsian teknologi strategik terkini.

Kerjasama itu turut memperkukuh parameter asas dalam bidang inovasi digital, malah menandakan komitmen bersama kedua-dua pihak untuk meneroka dan menilai kebolehlaksanaan projek secara bersama dalam beberapa bidang utama. 

— BERNAMA

Tags: EVkerjasamaMBIMoUstesen pengecasanxox
Share212ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In