• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, June 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

Untung Bersih Bermaz Auto Bagi Suku Pertama Naik Kepada RM100.22 Juta

in Saham
A A
Untung Bersih Suku Kedua BAuto Melonjak Kepada RM65.67 Juta, Umum Dividen 3.50 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) — Bermaz Auto Bhd mencatatkan peningkatan dalam keuntungan bersihnya kepada RM100.22 juta bagi suku pertama berakhir 31 Julai, 2023 (S1 TK2024) daripada RM50.16 juta yang dicatatkan pada suku yang sama tahun lepas.

Hasil turut meningkat sebanyak 51.9 peratus kepada RM1.09 bilion daripada RM716.87 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, Bermaz Auto berkata hasil yang lebih tinggi itu disebabkan terutamanya oleh operasi domestik Mazda, terutamanya model CX-30 pemasangan tempatan (CKD), yang diperkenalkan ke pasaran domestik pada Mac 2023, dan memenuhi pesanan tertunggak yang berterusan bagi model Mazda 3.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Ia berkata sejajar dengan peningkatan dalam hasil, keuntungan syarikat juga bertambah baik untuk S1 TK2024, terutamanya daripada jumlah jualan yang lebih tinggi untuk operasi domestik Mazda dan sumbangan yang lebih tinggi daripada syarikat bersekutunya, Mazda Malaysia Sdn Bhd.

Bermaz Auto berkata lembaga pengarah telah meluluskan dan mengisytiharkan dividen interim pertama satu peringkat sebanyak lima sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2024 berbanding dividen satu peringkat tiga sen sesaham pada suku yang sama tahun sebelumnya.

Ia berkata tarikh kelayakan telah ditetapkan pada 20 Okt, 2023 dan perlu dibayar pada 3 Nov, 2023.

Pada masa depan, Bermaz Auto berkata sektor automotif terus mencatatkan pertumbuhan walaupun pada kadar yang lebih perlahan berikutan tamatnya tempoh insentif pengecualian cukai jualan pada suku terakhir tahun kewangan sebelumnya dan disokong oleh penambahbaikan dalam rantaian bekalan dan penghantaran kenderaan.

Ia berkata faktor-faktor seperti tekanan inflasi, ketidaktentuan dalam konflik geopolitik dan pertumbuhan global yang lebih lemah akan terus memberi kesan kepada ekonomi secara keseluruhan.

“Oleh itu, pelancaran model sama ada yang dinaik taraf atau baharu bagi jenama di bawah syarikat iaitu Mazda, Peugeot dan Kia, sangat bergantung kepada sentimen pasaran dan keadaan ekonomi ketika itu.

“Jika tidak mengalami sebarang keadaan yang diluar jangka, lembaga pengarah menjangkakan prestasi syarikat akan kekal positif bagi tahun kewangan berakhir 30 April, 2024,” tambahnya.

— BERNAMA

Tags: Bermaz AutoKeputusanKiaMazdaPeugeotsuku pertama tahun kewangan 2024
Share264ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

10 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

10 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

10 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

10 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In