• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, May 4, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB

in Catalyst
A A
MN Holdings Dapat Kontrak Bernilai RM23.8 Juta Daripada TNB
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 7 Sept (Bernama) — MN Holdings Bhd, melalui anak syarikat milik penuhnya, MN Power Transmission Sdn Bhd telah memperoleh kontrak kejuruteraan pencawang bernilai RM23.8 juta daripada Tenaga Nasional Bhd (TNB).

Pakar kejuruteraan utiliti bawah tanah dan pencawang itu dalam satu kenyataan hari ini berkata kontrak berkenaan adalah untuk mewujudkan pencawang masuk utama (PMU) 132 kilovolt (kV) baharu di Bekok, Johor.

Di bawah kontrak kejuruteraan pencawang, MN Power akan membekal, membina, menguji dan mentauliahkan stesen pensuisan 132 kV PMU Bekok termasuk kerja-kerja pencawang secara jarak jauh yang lengkap dengan kerja-kerja sivil utama dan semua yang berkaitan, kata MN Holdings.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Kontrak itu dijangka siap dalam tempoh 540 hari dari tarikh mula dilaksanakan.

Pengarah Eksekutif MN Holdings Datuk Dang Siong Diang berkata kontrak itu dijangka menyumbang secara positif kepada hasil dan pendapatan syarikat bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2024, ia juga menyumbang kepada pendapatan masa depan dan aset bersih sesaham kumpulan itu.

“Kontrak tersebut dijangka mengukuhkan dan menambah kepercayaan kepada rekod prestasi syarikat dalam industri utiliti bawah tanah dan kejuruteraan pencawang. Kami akan terus memanfaatkan kecekapan teras kami untuk membida lebih banyak kontrak,” katanya.

— BERNAMA

Tags: kejuruteraankontrakMN HoldingspencawangTNB
Share246ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In