• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, September 20, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

CelcomDigi Meterai MoU Dengan VIRNECT Korea Selatan Bagi Pembangunan XR Industri

in Catalyst
A A
Untung Bersih CelcomDigi Meningkat Kepada RM317.92 Juta, Umum Dividen 3.2 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

SEOUL, 8 Sept  (Bernama) — CelcomDigi Bhd memeterai Memorandum Persefahaman (MoU) dengan syarikat teknologi Korea Selatan, VIRNECT bagi pembangunan dan pengkomersialan penyelesaian Realiti Lanjutan (XR) perindustrian di Malaysia.

Kerjasama itu bermatlamat untuk meneroka pembangunan pembelajaran dan pendidikan berasaskan pengalaman yang menggunakan metaverse untuk beberapa universiti di Malaysia.

Menerusi MoU itu, kedua-dua organisasi akan bekerjasama untuk mencipta bersama program pembelajaran maya perindustrian menerusi penyelesaian berasaskan metaverse dan kecerdasan buatan (AI).

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) CelcomDigi Datuk Idham Nawawi berkata syarikat itu komited untuk menawarkan inovasi terbaik yang akan memberikan manfaat besar kepada pembangunan industri Malaysia dengan menggunakan nilai sebenar teknologi 5G.

“Kerjasama strategik ini menegaskan kedudukan kami dalam memanfaatkan teknologi metaverse, 5G dan AI yang berpotensi mewujudkan penyelesaian digital yang inovatif dan produktif bagi perusahaan Malaysia, mendorong ekosistem digital Malaysia kepada era baharu kepimpinan digital,” katanya pada majlis pemeteraian itu di sini hari ini.

MoU itu ditandatangani antara Idham dan CEO VIRNECT, Tim Ha, yang disaksikan oleh Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil di luar Persidangan GSMA Mobile 360 APAC.

Mengulas berkenaan kerjasama itu, Fahmi berkata kerjasama berkenaan akan mendorong penerimagunaan 5G di Malaysia dalam penggunaan metaverse, kesalinghubungan Ineternet dalam kalangan pengguna dan peserta industri serta institusi pendidikan.

“Sebagai contoh, penggunaan teknologi ini akan mengubah kaedah pembelajaran di universiti kepada pembelajaran berasaskan pengalaman, terutamanya dalam bidang kesihatan, kejuruteraan minyak dan gas, robotik dan keselamatan siber,” katanya kepada Bernama.

CelcomDigi menerusi Pusat Inovasinya berhasrat untuk membina ekosistem inovasi yang memberikan inspirasi di negara ini dengan bekerjasama dengan  VIRNECT dan XRA, rakan kongsi tempatan dan pasukan sokongan VIRNECT di Malaysia.

Langkah ini bermatlamat untuk memberikan inisiatif strategik dengan memanfaatkan keupayaan penyelesaian teknologi metaverse dan berasaskan AI termaju di institusi pengajian tinggi di Malaysia.

— BERNAMA

Tags: 5GCelcomDigiFahmi FadzilMoUVIRNET
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In