• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TM, SK Telecom Meterai MoU Bagi Bangunkan Multi-Access Edge Computing Di Malaysia

in Catalyst
A A
MIDF Positif Terhadap Perjanjian Pajakan Gentian TM, Kekal Saranan ‘Beli’ Ke Atas Saham
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

SEOUL, 7 Sept (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) dan syarikat telekomunikasi tanpa wayar terbesar di Korea Selatan, SK Telecom hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman untuk membangunkan secara bersama pengaturan perniagaan Multi-Access Edge Computing (MEC) di Malaysia.

Ini akan membuka jalan kepada perniagaan perkhidmatan MEC untuk dipelopori dan disediakan di Malaysia.

Majlis pemeteraian itu diadakan di ibu pejabat SK Telecoms di Seoul dengan dihadiri Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) TM Amar Huzaimi Md Deris.

TM diwakili oleh Naib Presiden Eksekutif TM Global Khairul Liza Ibrahim manakala Naib Presiden dan Ketua Perusahaan CIC SK Telecom, Kyeong Deog Kim mewakili syarikat Korea Selatan itu.

“Saya gembira untuk menyaksikan majlis menandatangani MoU antara TM dan SK Telecom berikutan terdapat banyak peluang yang boleh diraih daripada kerjasama yang erat itu.

“Saya yakin MoU ini menjadi langkah ke arah hala tuju yang tepat,” kata Fahmi kepada Bernama pada majlis pemeteraian tersebut.

Awal hari ini, Fahmi turut meluangkan masa lebih sejam melawat ibu pejabat Samsung Electronics dan Samsung Digital City di Suwon, dekat sini.

Ketibaan delegasi Malaysia disambut oleh Presiden dan Ketua Mobile eXperience Business Samsung Electronics, TM Roh dan Presiden dan Ketua Network Business, Woojune Kim.

Pada pertemuan itu, beberapa agenda utama telah dibincangkan untuk potensi kerjasama antara Samsung dan syarikat telekomunikasi (telco) di Malaysia.

“Antaranya, saya telah membangkitkan mengenai isu penggunaan 5G di Malaysia. Walaupun liputan 5G di Malaysia telah mencapai 66.8 peratus tetapi pengguna 5G baharu sebanyak 4.2 peratus kerana harga peranti 5G yang masih mahal dan tidak mampu milik.

“Oleh itu, kerjasama yang lebih erat perlu terus dijalin antara Kementerian Komunikasi dan Digital dan telco dengan pihak Samsung supaya harga peranti 5G boleh lebih mampu milik buat rakyat Malaysia,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Fahmi FadzilMECMoUSamsungSK TelecomTM
Share226ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In