• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Wednesday, October 8, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham

SC Buka Laluan untuk Dagangan Saham Pecahan

in Saham
A A
SC Buka Laluan untuk Dagangan Saham Pecahan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Garis Panduan yang Disemak Semula Membolehkan Akses Lebih Besar, Mampu Milik  dan Inklusif untuk Pelabur Runcit

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan mengenai  Kelakuan Pasaran dan Amalan Perniagaan bagi Syarikat Broker Saham dan Wakil  Berlesen (Garis Panduan SBC) yang disemak semula. 

Garis panduan disemak semula tersebut, yang berkuat kuasa hari ini, menggariskan  keperluan yang membolehkan syarikat broker saham menawarkan perkhidmatan  dagangan saham pecahan untuk saham yang disenaraikan di Bursa Malaysia. Saham pecahan merupakan bahagian saham yang kurang daripada satu lot dagangan  standard. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

Dagangan saham pecahan merupakan salah satu inisiatif pasaran modal yang  diumumkan oleh YAB Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim awal Jun tahun  ini untuk menjadikan dagangan saham di Bursa Malaysia lebih mudah diakses, mampu  milik dan inklusif untuk pelabur runcit, terutamanya pelabur muda. 

Garis panduan yang disemak semula mencerminkan komitmen berterusan SC untuk  meningkatkan kerancakan pasaran dan menggalakkan penyertaan runcit yang lebih  besar dalam pasaran saham Malaysia. 

Pengerusi SC Dato’ Seri Dr. Awang Adek Hussin berkata dengan membenarkan  pelabur runcit berdagang dalam saham pecahan, individu, khususnya generasi muda, akan mempunyai lebih kemampuan dan fleksibiliti untuk berdagang dan melabur  dalam saham perdana yang lebih mahal, pada nilai lebih kecil daripada nilai lot  dagangan standard. 

“Selain itu, pengenalan perdagangan saham pecahan akan membolehkan pelabur  runcit mempelbagaikan portfolio, sambil mewujudkan pasaran modal yang lebih  inklusif untuk semua rakyat Malaysia,” katanya. 

Beliau menambah: “Untuk menyokong pembangunan teratur pasaran modal, penting  bagi syarikat broker saham untuk mempunyai kawalan dan sistem yang diperlukan  untuk menjaga kepentingan pelabur.”

Antara keperluan utama di bawah garis panduan tersebut ialah keperluan syarikat  broker saham melaksanakan sistem, polisi dan prosedur yang mencukupi. Ini bagi memastikan layanan adil terhadap pesanan pelanggan, ketelusan harga, dan  penyeliaan sewajarnya terhadap perkhidmatan perdagangan saham pecahan. 

Garis Panduan SBC yang dikemas kini boleh dirujuk di sini. 

Ramai sangat give up dalam saham. Kawan-kawan kami pun ramai dah give up.

Tapi kenapa give up?

Sebab kita sibuk mencari rahsia, teknik, indikator dan terlalu cepat nak kaya.

Bila dah rugi, mulalah salahkan cikgu, mentor, sifu yang ajar kita.

Tak perlu complicated sangat.
Dan tak perlu pun trade saham hari-hari. Cukup sebulan sekali. Yang penting kita tahu caranya dan aplikasikan dengan betul.

Kami suka kongsikan kaedah Swing ini sebab:

  • Kita tak perlu melekat di screen
  • Kita boleh bekerja seperti biasa
  • Kurang risiko untuk rugi
  • Set siap-siap bila nak jual saham tu
  • Kurang stress

Kami akan kongsikan cara guna strategi Swing dalam saham.

• 9 – 10 Sept 2023 (Sabtu – Ahad)
• 9 AM – 5 PM
• Melalui ZOOM

Daftar Sekarang!

Klik link: https://thekapital.my/swingtrading

Tags: Awang AdekBursa MalaysiaGarisan PanduaninvestorsSC
Share409ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

2 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

2 months ago
Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif
Saham

Saham Kajian: Guan Chong Tetap Kukuh Walau Berdepan Isu Tarif

2 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

2 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In