• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

EcoWorld Peroleh Tanah Kulai Berharga RM211 Juta Bagi Pembinaan Taman Perniagaan

in Catalyst
A A
Sektor Besi Dan Hartanah Pasca Pandemik
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 6 Sept (Bernama) — Eco World Development Group Bhd telah memeterai perjanjian jual beli bersyarat dengan IOI Prima Property Sdn Bhd untuk mengambil alih tanah berkeluasan 163.40 hektar (403.78 ekar) di Kulai, Johor berharga RM211.065 juta. 

kumpulan itu dalam satu kenyataan hari ini berkata ia merancang untuk membangunkan tanah itu menjadi taman perniagaan yang akan dikenali sebagai Eco Business Park VI dengan anggaran nilai pembangunan kasar sebanyak RM1.58 bilion bagi memenuhi keperluan perniagaan perindustrian sederhana dan ringan. 

“Ini adalah pengambilalihan yang sangat bertepatan yang akan membolehkan kumpulan meningkatkan portfolio perindustrian kami di Iskandar Malaysia. Jualan di Eco Business Park kami telah menyaksikan pertumbuhan eksponen dengan kadar pertumbuhan tahunan kompaun tiga tahun sebanyak 51 peratus yang direkodkan dari tahun kewangan 2020 hingga 2022.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Trajektori menaik tersebut telah berterusan tahun ini dengan RM838 juta dicapai dalam masa tujuh bulan semasa tahun kewangan 2023 daripada empat Eco Business Park kami serta ini mewakili 111 peratus daripada jualan tahun penuh tahun kewangan 2022 sebanyak RM753 juta menerusi projek perindustrian kami, yang merupakan rekod tertinggi pada masa itu,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif EcoWorld Datuk Chang Khim Wah. 

Chang berkata kumpulan itu percaya bahawa momentum pertumbuhan di Iskandar Malaysia, khususnya, akan berterusan tanpa henti kerana ia disokong oleh peningkatan infrastruktur yang meluas seperti pembinaan Sistem Transit Rapid Johor Bahru-Singapura yang sedang berjalan.

“EcoWorld Malaysia berada di kedudukan yang baik untuk mendapat manfaat daripada perkembangan berita positif sekitar Iskandar Malaysia memandangkan ia mempunyai banyak projek perbandaran di sana seperti Eco Botanic, Eco Botanic 2, Eco Spring, Eco Summer dan Eco Tropics. 

“Jumlah pegangan tanah perindustrian kami berikutan pengambilalihan terkini telah menokok kepada 977.72 hektar (2,146 ekar), yang mana 666.51 hektar (1,647 ekar) terletak di Iskandar Malaysia. Kami yakin pengambilalihan ini memberi petanda baik kepada prospek pertumbuhan dan pendapatan kumpulan pada masa depan,” kata Chang.

Pada penutup hari ini, saham EcoWorld naik satu sen kepada RM1.02 dengan 4.34 juta saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: EcoWorldhartanahIOI Prima
Share265ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In