• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Hartalega Jangka Perniagaan Pulih Pada Separuh Kedua 2024 Dan 2025

in Catalyst
A A
Untung Bersih Hartalega Susut 96.1 Peratus Kepada RM88.28 Juta Pada Suku Pertama
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 5 Sept (Bernama) — Hartalega Holdings Bhd menjangkakan perniagaan pulih pada separuh pertama 2024 hingga 2025, namun tidak menjangkakan peningkatan dalam jualan pada tahun ini berikutan import sarung tangan global kekal rendah.

Ketua Pegawai Eksekutifnya Kuan Mun Leong berkata pengimportan global sarung tangan berkurangan dengan ketara daripada 300 bilion helai setiap bulan sebelum wabak COVID-19 kepada 15 bilion helai setiap bulan pada masa ini.

“Hari ini, permintaan pasaran kekal lemah dan banyak stok di kilang kini akan tamat tempoh dan ini menyebabkan stok dikeluarkan di pasaran dengan harga yang lebih rendah.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Justeru, kami menjangkakan harga jualan purata (ASP) akan kekal rendah dan tiada peningkatan permintaan untuk tahun ini disebabkan fenomena itu,” katanya semasa sidang media pasca mesyuarat agung tahunan, di sini hari ini.

Kuan juga berkata inventori yang disimpan sejak awal pandemik itu biasanya berakhir dengan jangka hayat antara tiga hingga lima tahun.

Namun begitu, beliau yakin Hartalega antara yang akan mendapat manfaat apabila pasaran pulih berikutan Malaysia akan terus menjadi destinasi utama untuk membeli sarung tangan walaupun berdepan ekonomi global yang mencabar dan ketegangan geopolitik.

Mengulas lanjut mengenai penutupan kemudahan Bestari Jayanya, Kuan berkata langkah itu akan menjadikan Hartalega lebih berdaya saing dan membolehkan kumpulan itu menyatukan operasi di Kompleks Pembuatan Sarung Tangan Bersepadu Generasi Akan Datang (NGC) Hartalega di Sepang, Selangor.

“Kemudahan Bestari Jaya mempunyai 40 barisan pengeluaran dan kelajuannya berada antara 30,000 keping sejam hingga setinggi 45,000 keping sejam. Sebagai perbandingan, semua barisan pengeluaran di NGC melebihi 45,000 keping sejam.

“Jadi, pada asasnya ia menjadikan kami lebih berdaya saing dengan teknologi yang boleh menurunkan kos dan menyatukan kapasiti pengeluaran ke dalam NGC,” katanya, sambil menambah bahawa asas kumpulan kekal kukuh dengan kedudukan tunai bersih yang baik sebanyak RM1.6 bilion pada 31 Mac, 2023.

Mengenai usaha meluaskan kehadiran pasarannya, beliau berkata Hartalega telah secara aktif meneliti perniagaan yang boleh memberikan nilai untuk perniagaan teras dan berkaitan dengan industri penjagaan kesihatan.

Pada 30 Jun 2023, dana pemegang saham Hartalega berjumlah RM4.6 bilion, manakala permodalan pasaran kini melebihi RM6 bilion.

Penutupan kemudahan Bestari Jayanya, yang terdiri daripada empat kilang pengeluaran, sebahagian daripadanya telah beroperasi sejak 2004, disasarkan selesai pada suku pertama 2024.

Pada jam 2.30 petang, saham Hartalega tidak berubah pada RM1.97 dengan 2.89 juta saham diurus niaga. 

— BERNAMA

Tags: AGMHartalegaprospeksarung tangan
Share240ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In