• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Teruskan Aliran Meningkat Pada Sesi Awal Dagangan

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 4 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia meneruskan momentum peningkatannya pada sesi awal dagangan Isnin, disokong oleh minat belian berterusan terhadap saham wajaran tinggi terpilih serta seiring dengan sentimen positif di pasaran serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) naik 0.87 mata kepada 1,464.30 daripada 1,463.43, pada akhir dagangan Jumaat.

Indeks penanda aras itu dibuka naik 0.64 mata kepada 1,464.07. 

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Selain itu di pasaran meluas juga positif dengan kaunter untung mengatasi rugi iaitu 306 berbanding 184 manakala 316 kaunter lain tidak berubah, 1,518 tidak diniagakan dan 31 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 456.0 juta unit bernilai RM187.33 juta.

Dalam nota penyelidikannya hari ini, Malacca Securities Sdn Bhd berkata prestasi memberangsangkan Wall Street minggu lepas telah menyaksikan minat belian berkemungkinan turut melimpah ke atas saham tempatan, terutamanya kaunter teknologi.

“Kami juga percaya data pekerjaan AS yang lebih lemah daripada jangkaan sepertimana diumumkan pada minggu lepas menunjukkan bahawa Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mungkin berpegang kepada kadar faedah semasanya dan memberi sokongan kepada usaha peningkatan pasaran saham.

“Selain itu, bursa tempatan juga dijangka kekal memberangsangkan susulan pelancaran dasar seperti Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara (NETR) dan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030),” katanya.

Saham wajaran tinggi menyaksikan Maybank dan CIMB masing-masing turun 1.0 sen kepada RM9.14 dan RM5.73 manakala Public Bank dan Tenaga Nasional naik 1.0 sen setiap satu masing-masing kepada RM4.25 dan RM9.93 dan Petronas Chemicals meningkat 2.0 sen kepada RM7.14.

Bagi saham aktif, KNM Group menambah 1.0 sen kepada 10.5 sen; Bumi Armada naik 2.5 sen kepada 55.5 sen, DNex meraih 1.5 sen kepada 48 sen namun JAKS tidak berubah pada 23.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas menokok 13.45 mata kepada 10,830.09; Indeks FBMT 100 naik 11.97 mata kepada 10,495.25; Indeks FBM Emas Shariah menambah 18.24 mata kepada 11,016.12 dan Indeks FBM 70 meraih 40.54 mata kepada 14,374.51 sementara Indeks FBM ACE meningkat 9.86 mata kepada 5,218.23. 

Prestasi sektor menyaksikan Indeks Tenaga menambah 15.38 mata kepada 871.52; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menokok 0.61 mata kepada 173.15; Indeks Perladangan meningkat 13.94 mata kepada 6,951.64 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan meraih 7.51 mata kepada 16,479.12.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securitiessesi awalWall Street
Share209ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In