• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Walaupun Prestasi Wall Street Bercampur-Campur

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp


KUALA LUMPUR, 1 Sept (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi hari ini walaupun prestasi bercampur-campur Wall Street dalam tempoh semalaman menjelang data senarai gaji bukan ladang (NFP) Amerika Syarikat (AS) pada Ogos yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

Pasaran tempatan ditutup semalam bersempena dengan cuti umum Hari Kebangsaan.

Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 5.06 mata kepada 1,457.00 daripada 1,451.94 pada penutup Rabu.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Indeks utama dibuka mengukuh 9.97 mata kepada 1,461.91. 

Suasana pasaran negatif dengan kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 213 berbanding 205, manakala 289 kaunter tidak berubah, 1,619 tidak diniagakan dan 33 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 367.09 juta unit bernilai RM204.98 juta.

Malacca Securities Sdn Bhd berkata sekiranya data NFP mencatatkan prestasi di bawah jangkaan, keadaan ini menjadi faktor kepada Rizab Persekutuan AS untuk menghentikan kenaikan kadar faedah selanjutnya.

“Di peringkat tempatan, kami meramalkan aktiviti dagangan yang lebih baik, disokong dengan berita-berita berkaitan Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 (NIMP 2030) (yang akan dilancarkan hari ini),” katanya.

Sementara itu, Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng memberitahu Bernama, Wall Street ditutup bercampur-campur berikutan kesemua tiga indeks utama ditutup pada paras terendahnya disebabkan peniaga memantau dengan teliti data pekerjaan Ogos yang akan dikeluarkan lewat hari ini.

“Menggambarkan sentimen berhati-hati, Purata Perindustrian Dow Jones dalam tempoh semalaman menyusut 0.48 peratus, manakala Komposit Nasdaq menambah 0.11 peratus apabila hasil 10 tahun AS menyusut kepada 4.106 peratus.

“Di Hong Kong, Indeks Hang Seng semalam merosot 100 mata lagi apabila pengeluaran dana asing berlanjutan,” katanya.

Di peringkat tempatan, beliau meramalkan beberapa belian akan berlaku walaupun dalam sentimen lengang, di tengah-tengah prestasi bercampur-campur di peringkat serantau, sekali gus mengunjurkan FBM KLCI dalam jajaran 1,450-1,460 hari ini.

Katanya tumpuan mungkin terarah kepada saham-saham perladangan susulan satu lagi trend memberangsangkan apabila harga minyak sawit mentah yang kini didagangkan pada paras RM4,000 satu tan.

Bagi saham wajaran tinggi, Maybank menambah enam sen kepada RM9.17, Public Bank naik tiga sen kepada RM4.26, CIMB dan Tenaga Nasional meraih tujuh sen masing-masing kepada RM5.70 dan RM9.91, manakala Petronas Chemicals susut 16 sen kepada RM6.96.   

Bagi saham aktif, Sapura Energy naik setengah sen kepada 5.5 sen, Alam Maritim meningkat satu sen kepada 3.5 sen, Ekovest menyusut setengah sen kepada 53.5 sen, Top Glove turun 2.5 sen kepada 74 sen, manakala Tanco tidak berubah pada 57 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas naik 26.25 mata kepada 10,766.95, Indeks FBMT 100 menokok 26.80 mata kepada 10,438.83, Indeks FBM Emas Syariah naik 0.42 mata kepada 10,921.06, Indeks FBM 70 turun 3.08 mata kepada 14,279.99, manakala Indeks FBM ACE turun 16.61 mata kepada 5,201.36. 

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 6.48 mata kepada 842.07, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menguncup 1.48 mata kepada 170.27, Indeks Perladangan menokok 53.88 mata kepada 6,983.51 dan Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 91.85 mata kepada 16,477.45.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesRakuten TradeWall Street
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In