• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pendapatan Bank Islam Naik 16 Peratus Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Ciri-Ciri Struktur Bantu Bank Islam Bertahan Daripada Impak Covid-19
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Keuntungan selepas cukai dan zakat (PAZT) Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB) meningkat 16 peratus kepada RM136.14 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023, daripada RM117.16 juta pada suku tahun sama pada tahun lepas berikutan pendapatan bersih yang lebih tinggi.

Menurut kumpulan itu, pendapatan bersihnya meningkat RM62.6 juta atau 11.4 peratus sebahagian besarnya berikutan kenaikan RM56.7 juta atau 134.5 peratus dalam pendapatan berasaskan bukan dana disebabkan keuntungan bersih yang tinggi daripada penjualan aset kewangan pada nilai saksama, penilaian semula aset kewangan pada nilai saksama dan urus niaga pertukaran asing.

Sementara itu, perolehan melonjak kepada RM1.12 bilion pada suku tahun tersebut berbanding RM822.51 juta sebelum ini, menurut BIMB dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi tempoh enam bulan, PAZT meningkat 14 peratus kepada RM254.23 juta daripada RM223.07 juta pada tahun sebelumnya manakala perolehan naik kepada RM2.22 bilion daripada RM1.60 bilion sebelum ini.

Bank Islam itu berkata keuntungan lebih baik itu sebahagian besarnya disebabkan pendapatan bersih yang lebih tinggi, diimbangi oleh elaun bersih yang tinggi untuk susut nilai ke atas pembiayaan dan jumlah overhed yang tinggi.

Mengenai prospek, BIMB berkata pihaknya kekal fokus kepada pelan hala tuju strategi lima tahun LEAP25 selain mengekalkan prestasi kewangan dan daya tahan.

Bank terus meningkatkan penyelesaian kewangannya melalui Model Operasi Sasaran perbankan institusi kumpulan dan perbankan runcit kumpulan memberi tumpuan kepada berteraskan pelanggan.

“Pendigitalan akan menjadi pemboleh ubah utama yang telah membawa kepada peningkatan yang ketara dalam jumlah pengguna dan transaksi.

“BIMB komited untuk meningkatkan margin pendapatan bersihnya berikutan pemampatan yang dicatatkan pada suku pertama 2023 daripada pengurusan kecairan dan kos pendanaan yang berhemat secara berterusan, selain pelaksanaan langkah-langkah pengoptimuman kos,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bank IslamBIMBBursa Malaysiakeputusan kewangan
Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In