• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, September 22, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kemudahan Baharu GCB Di UK Tingkat Bahagian Pasaran Eropah

in Catalyst
A A
Guan Chong Raih Sehingga RM800 Juta Melalui Terbitan Sukuk

Sumber Gambar : GCB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Guan Chong Bhd (GCB) bersedia meningkatkan bahagian pasarannya di Eropah berikutan kemudahan United Kingdom (UK) yang ditauliahkan baru-baru ini telah meningkatkan kapasiti coklat industri tahunannya sebanyak 16 peratus atau 16,000 tan metrik kepada 116,000 tan metrik.

“Terletak di atas tanah seluas lebih 6.88 hektar dan kawasan binaan seluas 300,000 kaki persegi, kemudahan baharu di Suffolk, UK ini bukan sahaja mampu menghasilkan 16,000 tan metrik coklat industri setiap tahun.

“Lokasinya yang strategik mampu menyediakan perkhidmatan kepada pembuat coklat dan pelanggan lain di seluruh Eropah, menyediakan penghantaran tempatan tepat pada masanya bagi produk cecair dan pepejal serta perkhidmatan profesional,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ia berkata syarikat itu juga menyasarkan untuk memanfaatkan permintaan coklat industri yang semakin meningkat di Eropah bersama-sama dengan kapasiti 100,000 tan metrik tahunan sedia ada dalam anak syarikat GCB Jerman, SCHOKINAG-Schokolade-Industrie GmbH (SCHOKINAG).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif GCB Brandon Tay Hoe Lian berkata kemudahan baharu di UK itu akan mengukuhkan lagi kehadirannya dalam pasaran coklat industri di Eropah, menyepadukan peranan penting GCB dalam rantaian bekalan coklat global.

“Melangkah ke hadapan, GCB akan terus menilai kemungkinan untuk mengoptimumkan operasi kami di UK, Jerman, Amerika Syarikat, Ivory Coast, Malaysia dan Indonesia sementara kami berusaha untuk mencapai visi menjadi ‘Pembekal Bahan Koko dan Coklat Pilihan’,” katanya.

Beliau berkata memandangkan kos kewangan yang meningkat berdasarkan komitmen kewangan, GCB merancang untuk mengurangkan pinjaman secara beransur-ansur sambil mengekalkan pendekatan yang seimbang untuk mengembangkan operasi perniagaan.

“Namun begitu, rancangan kami untuk memasuki pasaran coklat industri telah terbukti sebagai langkah strategik yang berjaya.

“Produk nilai tambah ini memberikan kami campuran produk yang lebih baik yang akan membantu GCB meningkatkan keuntungan kami untuk memenuhi objektif pertumbuhan jangka panjang,” katanya.

Sehingga kini, GCB mempunyai rangkaian pengedaran global yang terdiri daripada lebih 80 pengedar dan mengeksport bahan koko kepada pelanggan terkenal di lebih 70 negara di seluruh dunia, termasuk pembuat coklat terkenal dunia dan peniaga bahan koko terkemuka yang lain.

 — BERNAMA

Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In