• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Malakoff Catat Kerugian Bersih Suku Kedua RM318.73 Juta

in Catalyst
A A
Malakoff Corporation Utamakan Pertumbuhan Syarikat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Syarikat penjanaan tenaga dan penyelesaian alam sekitar, Malakoff Corporation Bhd mencatatkan kerugian bersih sebanyak RM318.73 juta dalam suku kedua yang berakhir 30 Jun, 2023, berbanding keuntungan bersih RM119.15 juta pada tempoh yang sama tahun lepas susulan impak daripada margin bahan api. 

Syarikat itu menanggung margin bahan api negatif yang besar sebanyak RM556.2 juta dan RM14.9 juta masing-masing bagi jana kuasa arang batu Tanjung Bin Power Sdn Bhd (TBP) dan Tanjung Bin Energy Sdn Bhd (TBE).

Keuntungan juga terjejas disebabkan oleh kos bahan api purata wajaran yang lebih tinggi, sumbangan yang lebih rendah daripada Loji Janakuasa GB3, kos insurans operasi yang lebih tinggi, dan bahagian keuntungan yang lebih rendah daripada syarikat sekutu dan syarikat usaha sama.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Pada suku tersebut, Malakoff merekodkan hasil tinggi sedikit sebanyak RM2.36 bilion daripada RM2.32 bilion, dengan prestasi stabil terutamanya oleh pembayaran tenaga tinggi dan pendapatan kapasiti yang direkodkan daripada TBE memandangkan harga arang batu sebenar (ACP) yang tinggi dan tempoh gangguan loji lebih singkat bersama dengan bayaran tenaga yang lebih tinggi direkodkan daripada Segari Energy Ventures Sdn Bhd (SEV).

Sementara itu, anak syarikat Malakoff, Alam Flora Sdn Bhd, melaporkan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti sebanyak RM21.9 juta berbanding RM20.5 juta pada suku yang sama sebelumnya, terutamanya disebabkan peningkatan dalam kekerapan aktiviti pembersihan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah.

Di sebalik prestasi itu, Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Malakoff Anwar Syahrin Abdul Ajib masih kekal yakin dengan kapasitinya untuk mengharungi keadaan semasa yang mencabar.

“Jaminan ini berdasarkan komitmen teguh kami terhadap penyahkarbonan dan pengembangan strategik kami ke dalam tenaga boleh baharu dan penyelesaian alam sekitar.

“Kami memperjuangkan salah satu projek pemangkin Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara bagi biotenaga, yang mana kami akan melaksanakan penembakan bersama biojisim di jana kuasa TBP kami yang mempunyai 2,100 megawatt (MW) sedia ada,” katanya.

Anwar berkata percubaan selama 12 hari itu berjaya dijalankan pada Disember 2022, dan fasa perintis akan bermula pada 2024.

“Pencapaian ini mengukuhkan komitmen kami untuk memiliki, mengendali dan menyelenggara tiga loji kuasa hidro kecil (SHP) aliran sungai — Kemubu SHP, Kuala Geris SHP, dan Serasa SHP.

“Dengan kapasiti masing-masing sebanyak 29 MW, 25 MW dan 30 MW, kemudahan ini secara kolektif menyediakan 84 MW tenaga bersih,” katanya.

— BERNAMA 

Tags: Bursa MalaysiaMalakoffmargin bahan api
Share239ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In