fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, May 24, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih Suku Kedua 2023 Axiata Meningkat Kepada RM576.21 Juta

in Catalyst
A A
Axiata, Touch Group Mahu Teroka Sinergi Memperkukuh Syarikat Telekomunikasi, Infrastruktur ICT
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 29 Ogos (Bernama) — Kerugian bersih Axiata Group Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2023, meningkat kepada RM576.21 juta daripada RM106.38 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lalu.

Hasil, bagaimanapun, meningkat kepada RM5.99 bilion daripada RM5.20 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Kumpulan tersebut berkata, hasil yang lebih tinggi itu disumbangkan terutamanya daripada semua syarikat yang beroperasi kecuali operasi mudah alih di Nepal dan perniagaan digital (Axiata Digital & Analytics Sdn Bhd dan anak syarikatnya).

Berkaitan

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

Keuntungan bersih yang lebih rendah dipengaruhi terutamanya oleh beberapa faktor termasuk susut nilai dan pelunasan yang lebih tinggi, rosot nilai aset bagi operasi mudah alih di Nepal, dan kos kewangan tinggi, sebahagiannya diimbangi oleh hasil kasar yang lebih tinggi, kerugian pertukaran asing rendah, bahagian keuntungan daripada syarikat sekutu terutamanya daripada CelcomDigi Bhd dan cukai rendah.

“Selepas selesai penggabungan antara Celcom dan Digi pada 30 Nov, 2022, bahagian kumpulan dalam keputusan kewangan CelcomDigi direkodkan di bawah operasi berterusan mulai 1 Dis 2022 dan seterusnya, manakala keputusan kewangan Celcom sebelum 1 Dis 2022 dikemukakan sebagai operasi yang dihentikan,” katanya.

Bagi separuh tahun pertama berakhir 30 Jun 2023, Axiata mencatatkan kerugian bersih yang lebih besar sebanyak RM502.36 juta berbanding RM149.35 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas, manakala hasil meningkat kepada RM11.37 bilion daripada RM10.18 bilion sebelum ini.

Dalam makluman berasingan, syarikat itu mengisytiharkan dividen dikecualikan cukai sebanyak 5.0 sen sesaham biasa bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis 2023. Butiran kelayakan dividen dan tarikh pembayaran akan ditentukan dan diumumkan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

— BERNAMA

Tags: AxiataKeputusankerugiansuku kedua
Share223ShareSend

Related Posts

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]
Asas Saham

Ulasan Keputusan: UEM Sunrise [23 Mei 2025]

13 hours ago
AAB Akan Bayar RM8 Juta Kepada AAX Bagi Perjanjian Pajakan Tambahan Pesawat
Catalyst

AirAsia Meterai RM99.5 Juta Kontrak Perkhidmatan Carter Dengan Angkatan Tentera Malaysia

1 day ago
Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas
Catalyst

Wolfspeed Diambang Muflis, Operasi Malaysian Pacific Industries ($MPI) Tidak Terjejas

1 day ago
Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih S1 Lebih Rendah Kepada RM30.37 Juta
Catalyst

Pos Malaysia Catat Kerugian Bersih RM41.5 Juta Pada Suku Pertama

2 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In