• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

AAX Kembali Catat Keuntungan, Raih Untung Bersih RM5.54 Juta Pada Suku Kedua

in Catalyst
A A
Saham AAX Jadi Tumpuan Susulan Berita Mengenai Pelan Pemulihan
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — AirAsia X Bhd (AAX) kembali mencatat keuntungan dengan meraih keuntungan bersih sebanyak RM5.54 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 (suku kedua tahun kewangan 2023), daripada kerugian bersih RM652.52 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun lepas.

Hasil syarikat penerbangan tambang jarak jauh dan tambang rendah itu juga melonjak kepada RM512.91 juta daripada RM107.18 juta sebelumnya, lebih empat kali lebih tinggi tahun ke tahun, didorong oleh pemulihan operasi penerbangan berjadual syarikat itu dengan lebih banyak pesawat telah kembali beroperasi.

“Sehingga 30 Jun 2023, syarikat itu mempunyai 11 pesawat yang diaktifkan, berbanding lima pesawat dalam tempoh yang sama tahun lepas,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Dalam satu kenyataan, AAX berkata perolehan bagi suku tersebut menandakan kadar pemulihan yang ketara melebihi 50 peratus berbanding prestasi syarikat pada 2019, dengan bilangan pesawat yang dikendalikannya kekal kurang separuh daripada jumlah pesawat yang beroperasi pada 2019.

Ia berkata syarikat itu membawa sejumlah 621,984 penumpang, semasa suku dalam tinjauan, memberikan lonjakan sebanyak 70 kali tahun ke tahun, seterusnya mencatatkan faktor muatan penumpang (PLF) yang sihat sebanyak 76 peratus, iaitu 47 mata peratusan lebih tinggi daripada 29 peratus PLF dilaporkan untuk suku yang sama berakhir 30 Jun 2022.

“Dari segi prestasi syarikat bersekutu, AirAsia X Thailand (TAAX) melaporkan hasil keseluruhan sebanyak RM351.9 juta, lima kali lebih tinggi daripada tempoh yang sama tahun lepas, dan menunjukkan pemulihan kukuh melebihi 90 peratus dari 2019.

“Pada suku kedua tahun kewangan 2023, TAAX mencatatkan keuntungan bersih operasi sebanyak RM33.5 juta apabila syarikat penerbangan itu pulih,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif AirAsia X Benyamin Ismail berkata syarikat itu optimis mengenai potensi besar China sebagai pasaran utama.

Beliau menjangkakan kekerapan penerbangan ke China akan meningkat tiga kali ganda menjelang akhir tahun ini apabila trafik dari China meraih momentum.

“Dari segi jumlah pesawat, kami sedang melihat untuk menambah satu pesawat kepada jumlah sedia ada iaitu 17 pesawat, menjadikan jumlah keseluruhan pesawat kepada 18.

“Pada ketika ini, kami kekal di landasan untuk mempunyai sekurang-kurangnya 16 pesawat beroperasi menjelang suku akhir tahun ini dan kami yakin bahawa kami akan memaksimumkan peningkatan sebaik sahaja musim perjalanan puncak akhir tahun bermula,” kata Benyamin.

Dari segi kedudukan kewangannya untuk suku kedua, beliau berkata baki tunai AAX berjumlah RM269 juta dan ekuiti pemegang saham meningkat kepada RM96.1 juta.

“Syarikat itu juga memberi tumpuan untuk menangani status Nota Amalan 17/2005 (PN17), dan pada Julai 2023, ia mengemukakan permohonan penepian kepada Bursa Securities.

“Pada masa yang sama, AAX akan memastikan bahawa pengumuman penting dibuat dengan sewajarnya mengikut proses yang sewajarnya,” kata Benyamin.

Tiada dividen diisytiharkan untuk suku kedua.

— BERNAMA

Tags: AAXBenyamin IsmailKeputusanpn17suku kedua tahun kewangan 2023Thailand
Share208ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In