fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, July 12, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Kedua TM Melonjak Kepada RM568.74 Juta

in Catalyst
A A
TM Melonjak 5.6 Peratus, Antara Saham Paling Untung Semasa Dagangan Pagi

Sumber: TM

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Telekom Malaysia Bhd (TM) merekodkan prestasi kewangan lebih kukuh pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2023 dengan keuntungan bersih melonjak kepada RM568.74 juta daripada RM378.06 juta yang dicatatkan pada suku sama tahun kewangan 2022.

Perolehan turut meningkat 0.3 peratus kepada RM3.10 bilion daripada RM3.09 bilion bagi tempoh yang sama, didorong oleh pengembangan Unifi yang menyaksikan peningkatan ketara pelanggan jalur lebar tetap kepada 3.11 juta, menurut syarikat telekomunikasi itu dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia pada Jumaat.

“Pertumbuhan itu juga dipacu oleh pertumbuhan perolehan sebanyak 10 peratus yang direkodkan TM Global, didorong oleh permintaan lebih tinggi terhadap perkhidmatan data domestik dan antarabangsa,” jelasnya.

TM juga mengisytiharkan dividen interim yang lebih tinggi iaitu sebanyak 9.5 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 yang akan dibayar pada 29 Sept, 2023.

TM menjelaskan peruntukan perbelanjaan modal bagi separuh pertama tahun kewangan 2023 berjumlah RM942.8 juta, iaitu 15.6 peratus daripada perolehan keseluruhan, untuk peluasan infrastruktur rangkaian bagi meningkatkan liputan di seluruh negara.

Syarikat telekomunikasi itu juga melaporkan keuntungan sebelum faedah dan cukai (EBIT) berkurangan 10.3 peratus kepada RM630 juta daripada RM702.7 juta sebelumnya, disebabkan kos penyelenggaraan preventif yang lebih tinggi untuk memberi perkhidmatan lebih baik kepada pelanggan selain susut nilai lebih tinggi susulan semakan hayat berguna aset.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Amar Huzaimi Md Deris berkata prestasi pada suku itu, yang mencatatkan prestasi positif keseluruhan merentas bidang perniagaan (LOB), mengukuhkan lagi momentum pertumbuhan TM dalam menghadapi pasaran yang lebih kompetitif.

“TM gembira dengan potensi besar yang dimiliki konvergen tetap, mudah alih dan gaya hidup dalam pasaran digital serta infrastruktur digital dan penyelesaian untuk perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS), sektor perusahaan dan kerajaan di samping memanfaatkan peluang daripada rakan kongsi antarabangsa termasuk penyedia perkhidmatan awan utama,” katanya.

Amar Huzaimi berkata TM juga kekal komited untuk terus melabur dalam mengembangkan rangkaiannya bagi membolehkan kemajuan negara ke arah Malaysia Digital.

Beliau berkata pihaknya akan terus bekerjasama rapat dengan pihak kerajaan untuk berkhidmat sebagai rakan kongsi yang dipercayai negara bagi mengembangkan ketersambungan keseluruhan dan ekosistem digital Malaysia, termasuk 5G.

“Dalam beberapa bulan akan datang, TM mungkin menghadapi pasaran yang lebih mencabar namun kekal yakin dengan prestasi kewangan kami yang positif secara keseluruhan.

“Kami tekad untuk terus memperkukuh perniagaan teras kami agar mampan secara komersial di samping terus menyumbang kepada pertumbuhan negara,” katanya.

— BERNAMA

Tags: jalur lebarkewanganprestasisuku keduatahun kewangan 20telekomunikasiTM
Share232ShareSend

Related Posts

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen
Catalyst

A1 AK Koh Group Mula Disenaraikan, Harga Dibuka Mendatar Pada 25 Sen

1 day ago
10 Perkara Kena Tahu Sebelum Memohon IPO Enproserve Group Berhad
Catalyst

Bakal Disenarai Di Pasaran ACE, IPO Enproserve Terlebih Langgan 0.43 Kali

1 day ago
Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta
Catalyst

Avaland Akan Laksanakan Projek Pembangunan Bercampur Dengan GDV RM900 Juta

1 day ago
Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai
Catalyst

Sarawak Cable Akan Nyahsenarai Daripada Bursa Malaysia Pada 15 Julai

1 day ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In