• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Pendapatan Mah Sing Naik Kepada RM50.48 Juta Pada Suku Kedua Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Mah Sing Capai Sasaran Lengkapkan Milikan Kosong Pada Suku Keempat
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 28 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Mah Sing Group Bhd meningkat kepada RM50.48 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 daripada RM43.04 juta pada tempoh sama tahun lepas, didorong oleh jualan hartanah lebih tinggi dan pengiktirafan hasil yang progresif daripada kemajuan pembinaan yang sedang dilaksanakan.

Hasil meningkat 18.85 peratus kepada RM644.22 juta berbanding RM542.01 juta sebelum ini.

Bagi enam bulan terkumpul yang berakhir 30 Jun 2023, syarikat hartanah itu mencatatkan keuntungan bersih yang meningkat kepada RM100.53 juta daripada RM86.21 juta sebelumnya, manakala hasil adalah lebih kukuh iaitu RM1.29 bilion daripada RM975.24 juta sebelum ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Lembaran imbangan kumpulan kekal meraih prestasi baik, dengan tunai dan baki bank serta pelaburan dalam dana jangka pendek berjumlah kira-kira RM929.7 juta setakat 30 Jun 2023,” katanya dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Mah Sing berkata bagi segmen hartanah untuk tempoh berakhir 30 Jun 2023, keuntungan operasinya menokok 20.1 peratus tahun ke tahun kepada RM177.9 juta berikutan hasil yang tinggi berjumlah RM1.04 bilion.

“Jualan hartanah kumpulan pada separuh pertama 2023 meningkat 20 peratus kepada RM1.2 bilion berbanding RM1.0 bilion dalam tempoh sama tahun lepas,” katanya.

Bagi segmen pembuatannya, Mah Sing berkata hasil naik 2.1 peratus kepada RM218.7 juta bagi tempoh berakhir 30 Jun 2023 daripada RM214.0 juta pada suku sama tahun lepas, dengan kerugian operasi menyusut 12.7 peratus kepada RM7.8 juta berbanding RM9.0 juta bagi tempoh sama tahun sebelumnya.

Pada masa depan, kumpulan meramalkan prestasi kewangan yang kukuh bagi tahun kewangan 2023 berikutan prestasi jualan yang teguh dan jumlah kemajuan pembinaan atau hartanah siap yang ketara pada 2023.

Dalam kenyataan berasingan, Mah Sing berkata syarikat berada di landasan untuk mencapai sasaran jualan pada 2023 berjumlah RM2.2 bilion, disokong oleh momentum jualan yang teguh dan pelancaran baharu pada separuh pertama 2023.

— BERNAMA

Tags: hartanahKeputusanMah Sing
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In