• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Kedua TNB Susut Kepada RM327.9 Juta

in Catalyst
A A
Unit TNB Selesai Urusan Pembiayaan RM1.56 Bilion Berkaitan Loji Jana Kuasa Solar Di UK

Kredit gambar: TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) mencatat keuntungan bersih lebih rendah kepada RM327.9 juta dalam suku kedua tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023, daripada RM872.2 juta bagi tempoh sama tahun lepas berikutan penurunan keuntungan operasinya.

Perolehan hasil syarikat utiliti nasional itu bagaimanapun meningkat kepada RM13.32 bilion daripada RM12.84 bilion, didorong oleh peningkatan jualan tenaga elektrik, kata TNB dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia, hari ini.

Keuntungan operasi TNB dalam suku kedua itu susut sebanyak 21 peratus tahun ke tahun berikutan mekanisme pelepasan kos tidak seimbang (ICPT) lebih rendah dalam suku semasa sebanyak 33.8 peratus.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Ini diimbangi oleh perbelanjaan operasi sebanyak RM28.8 bilion daripada RM30.15 bilion, susut sebanyak 4.4 peratus yang kebanyakannya disebabkan oleh kos penjanaan yang lebih rendah,” katanya.

Selain itu, pendapatan asas sesaham (EPS) bagi suku kedua 2023 berkurangan kepada 5.70 sen daripada 15.23 sen bagi tempoh sama pada 2022.

Menurut TNB, bagi tempoh separuh pertama berakhir pada 30 Jun, 2023, keuntungan bersih berkurangan kepada RM1.33 bilion daripada RM1.77 bilion dalam tempoh sama 2022 manakala hasil meningkat kepada RM25.95 bilion daripada RM24.99 bilion, sebelum ini.

Asas EPS dalam separuh pertama 2023 turun kepada 23.11 sen berbanding 30.83 sen dalam separuh pertama 2022.

Menyentuh prospek, TNB berkata penyusutan harga arang batu global telah memberi kesan dari segi pengurangan tekanan terhadap kedudukan aliran tunai kumpulan tersebut.

Aspek itu selain kadar kutipan yang lebih kukuh, turut menyumbang kepada pergerakan akaun belum terima dan kedudukan modal kerja lebih mantap.

“Sejajar dengan ekonomi secara menyeluruh yang diunjur berkembang lebih menyederhana dalam julat 4.0-5.0 peratus, kumpulan menjangkakan prestasi lebih munasabah bagi 2023 dan akan terus berhati-hati terhadap pendedahan pendapatan membabitkan harga bahan api serta mata wang yang tidak menentu. 

“(Berikutan itu) kumpulan akan terus melaksanakan langkah berhemat dalam pengurusan keperluan operasi dan kewangan dalam usaha memastikan TNB terus berdaya tahan,” katanya.

— BERNAMA

Tags: ICPTprestasi kewangansuku kedua 2023tenagaTNButiliti
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In