• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Kedua DRB-Hicom Susut Kepada RM33.71 Juta

in Catalyst
A A
DRB-Hicom Catat Keuntungan Bersih RM47.5 Juta Pada Suku Ketiga
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih DRB-Hicom Bhd susut kepada RM33.71 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun 2023 daripada RM169.56 juta pada suku yang sama tahun lepas disebabkan keuntungan yang lebih rendah daripada operasi dan kos kewangan yang lebih tinggi.

Hasil, bagaimanapun, meningkat 12 peratus kepada RM3.98 bilion daripada RM3.55 bilion sebelumnya, kata kumpulan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Bagi separuh pertama 2023, keuntungan bersihnya merosot kepada RM141.62 juta daripada RM143.82 juta pada separuh pertama 2022, manakala hasil melonjak 22.1 peratus kepada RM8.09 bilion daripada RM6.62 bilion sebelumnya.

Dalam satu kenyataan berasingan kumpulan itu berkata prestasi pada separuh pertama 2023 didorong terutamanya oleh sektor automotif, khususnya oleh Proton, serta pengedaran automotif DRB-Hicom, dan syarikat pembuatan dan kejuruteraan, yang mencatatkan peningkatan pendapatan 27.8 peratus tahun ke tahun.

Ia berkata bagi tempoh yang sama hasil sektor perbankan meningkat 37.3 peratus tahun ke tahun kepada RM806.77 juta terutamanya disebabkan oleh pendapatan pembiayaan yang lebih tinggi diterajui oleh pertumbuhan dalam volum pembiayaan.

Ini disebabkan oleh pertumbuhan mampan dan pangkalan pelanggan yang berkembang serta kenaikan kadar dasar semalaman daripada 2.0 peratus kepada 3.0 peratus, katanya.

DRB-Hicom berkata hasil bagi sektor perkhidmatan meningkat sebanyak 13.3 peratus tahun ke tahun pada separuh pertama 2023 didorong oleh perniagaan katering dalam penerbangan dan kontrak baharu yang diraih oleh perniagaan logistik.

Hasil sektor hartanah meningkat sebanyak 20.6 peratus pada tempoh yang sama terutamanya disebabkan hasil lebih tinggi daripada projek pembinaan hartanah, yang sebahagiannya diimbangi oleh hasil yang lebih rendah daripada projek pembangunan, katanya.

Mengenai prospek, DRB-Hicom berkata untuk memastikan pertumbuhan yang mampan, kumpulan itu akan terus memperkukuh kecekapan operasi dan inisiatif pengurusan kos bagi sektor teras lain, iaitu aeroangkasa dan pertahanan, perbankan, perkhidmatan dan hartanah.

“Sektor pos kekal di landasan dalam pelan hala tuju transformasinya, dengan memanfaatkan teknologi untuk meningkatkan pengalaman pelanggan dan terus mengamalkan disiplin kawalan kos yang berhemat,” katanya.

Kumpulan itu menjangkakan prestasi kewangan yang memuaskan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 berbanding tahun kewangan 2022.

— BERNAMA

TAG: DRB-Hicom, suku kedua, keputusan, automotif, perbankan

Tags: automotifDRB-HicomKeputusansuku kedua
Share218ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In