• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, January 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

TNB Cadang Tingkatkan Pelaburan Peralihan Tenaga Boleh Baharu Hampir Enam Kali Ganda

in Catalyst
A A
TNB Kuasai Pegangan Majoriti Dalam Syarikat Solar Terbesar Di UK

Sumber Gambar : TNB

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

BALI, 25 Ogos (Bernama) — Tenaga Nasional Bhd (TNB) bercadang meningkatkan pelaburannya sebanyak hampir enam kali ganda antara 2025 hingga 2030 sebagai persediaan kepada peralihan tenaga (ET) pada masa depan.

Peruntukan TNB bagi ET untuk tempoh 2018 hingga 2024 berjumlah RM6 bilion berbanding RM45 bilion yang diperuntukkan bagi grid domestik.

Kini, kumpulan itu berhasrat membuat pelaburan kira-kira RM90 bilion dalam masa lima tahun dari 2025 hingga 2030 untuk grid nasional dengan RM35 bilion akan diperuntukkan kepada pelaburan berkaitan ET, manakala baki RM54 bilion untuk pelaburan bukan ET.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Baharin Din berkata TNB berhasrat untuk mempercepat pelaburannya dalam grid bagi mengelakkan kesesakan yang sedang berlaku dalam pasaran matang, yang boleh melewatkan peningkatan itu berikutan baris gilir sambungan projek angin dan solar berkembang untuk merekodkan saiz.

“Kesesakan ini boleh dilihat di seluruh United Kingdom dan Eropah, malah di Amerika Syarikat berikutan baris gilir sambungan grid bagi projek angin dan solar adalah antara 50 dan 200 gigawatt.

“Sehubungan itu, di Malaysia, kita ingin memastikan bahawa kita membina infrastruktur hijau lebih awal supaya dapat mengelakkan kesesakan dalam penggunaan TBB,” katanya dalam sesi bertajuk ‘Saling Hubungan Grid Kuasa Asean (APG): Meningkatkan Usaha Asean Bagi Memajukan Keterhubungan Serantau Dengan Merealisasikan Potensi Pelaburan’ pada Forum Perniagaan Tenaga Asean (AEBF) di sini hari ini.

Baharin turut memberi penekanan kepada kepentingan kesalinghubungan serantau berikutan tiada negara mampu mencapai sasaran pelepasan karbon sifar bersih secara bersendirian.

Menurutnya berikutan peralihan Asean kepada sifar bersih, permintaan terhadap elektrik dijangka menyaksikan pertumbuhan hampir tiga kali ganda di Malaysia dan lima kali ganda di rantau ini menjelang 2050, dan permintaan ini diramalkan melibatkan tenaga bersih.

Berikutan terdapat keperluan segera untuk bekerjasama bagi mengoptimumkan sumber di Asean di samping mengimbangi trilema ini, TNB melaksanakan pelbagai usaha untuk mengukuhkan hubungan dengan negara-negara jiran sekali gus berharap mampu mempercepat usaha menerusi APG, kata Baharin.

“Kesalinghubungan dalam kalangan negara anggota Asean membuka laluan kepada pelaburan baharu dengan unjuran saiz pasaran melebihi US$6.3 trilion (US$1=RM4.64) daripada 2018 hingga 2050.

“Pada 2021, negara anggota Asean telah mengumumkan sasaran pelepasan sifar karbon bersih bagi negara masing-masing,” katanya.

TNB akan memeterai Memorandum Persefahaman hari ini (25 Ogos) dengan syarikat elektrik Indonesia PT PLN (Persero), SP Group Singapura dan Pusat Tenaga Asean (ACE) bagi meninjau kesalinghubungan rentas sempadan antara negara.

TNB juga sedang menjalinkan kerjasama dengan Electricity Generating Authority of Thailand (EGAT), Electricite du Laos (EDL) dan Vietnam Electricity (EVN) untuk mempercepat pembangunan infrastruktur kesalinghubungan di samping meninjau peluang pelaburan baharu tenaga boleh baharu.

AEBF, persidangan dan pameran rasmi Asean berkenaan tenaga yang menghimpunkan penggubal dasar serantau dan antarabangsa peringkat tinggi serta penggiat perniagaan utama, dianjurkan bersempena dengan Mesyuarat Menteri-Menteri Tenaga Asean (AMEM) yang diadakan secara tahunan.

— BERNAMA 

Tags: AEBFAMEMETTBBTNB
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In