• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, February 5, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Suku Kedua MBM Resources Susut Kepada RM51.93 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih 2022 MBM Resources Melonjak 64.4 Peratus, Isytihar Dividen 21 Sen
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Untung bersih MBM Resources Bhd bagi suku kedua berakhir 30 Jun, 2023 (S2 TK2023) susut kepada RM51.93 juta daripada RM74.06 juta dalam tempoh yang sama tahun lalu manakala hasil turut jatuh kepada RM539.57 juta berbanding RM557.02 juta sebelumnya.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, kumpulan automotif itu berkata hasil yang lebih rendah itu terutamanya disebabkan oleh bahagian perniagaan motornya apabila jualan kenderaan jatuh selepas tempoh pengecualian cukai selepas jualan pada tahun lepas.

Hasil bahagian perniagaan motor mengakhiri suku tersebut dengan jatuh sebanyak RM15.4 juta, atau 3.2 peratus kepada RM470.0 juta berbanding suku yang sama tahun lalu, menyebabkan keuntungan sebelum cukai menguncup sebanyak RM6.9 juta, atau 40.1 peratus, kepada RM10.3 juta.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Ini disebabkan oleh permintaan yang lemah untuk Volvo dan Volkswagen selepas tempoh pengecualian cukai jualan, dengan jumlah volum industri (TIV) suku demi suku masing-masing menyusut 40.0 peratus dan 34.0 peratus.

Bagaimanapun, kumpulan itu menunjukkan prestasi yang baik mengatasi pasaran untuk kedua-dua jenama tersebut, katanya.

Sementara itu, kenderaan Perodua merekodkan peningkatan 13 peratus dalam jualan berbanding suku yang sama tahun lalu tetapi jualan dikekang oleh stok yang terhad. TIV Perodua bagi suku semasa ialah 66,126 unit, iaitu 0.6 peratus lebih tinggi daripada 65,719 unit setahun lalu, katanya.

Kumpulan itu berkata volum kenderaan komersialnya juga menurun kerana pelanggan kekal berhati-hati terhadap pembelian.

“Kami akan terus berwaspada dalam pengurusan kos dan memacu kecekapan operasi untuk kekal berdaya saing dan meningkatkan aliran hasil melalui tawaran jualan dan perkhidmatan kepada segmen pasaran yang berbeza,” katanya.

Kumpulan itu mengisytiharkan dividen interim satu peringkat pertama 6.0 sen dan dividen satu peringkat khas sebanyak 20.0 sen bagi setiap saham biasa untuk TK2023.

— BERNAMA

Tags: automotifbahagian perniagaan motorBursa MalaysiaKeputusanMBM Resourcessuku kedua
Share234ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In