• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih Sime Darby Naik Kepada RM1.46 Bilion Pada Tahun Kewangan 2023

in Catalyst
A A
Untung Bersih Suku Kedua Sime Darby Tahun Ini Susut Kepada RM820 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Sime Darby Bhd naik 32.2 peratus kepada RM1.46 bilion pada tahun kewangan berakhir 30 Jun 2023 daripada RM1.1 bilion dalam tempoh sama pada tahun lepas.

Prestasi lebih baik itu berdasarkan keputusan kewangan yang bertambah baik daripada bahagian perindustriannya berikutan operasi Australasianya mencatatkan keuntungan lebih tinggi daripada perniagaan permotoran di Malaysia dan keuntungan daripada penjualan hartanah di Hong Kong, katanya dalam kenyataan kepada Bursa Malaysia hari ini.

Menurut konglomerat itu, perolehannya turut meningkat 13.6 peratus kepada RM48.3 bilion pada tahun kewangan 2023 berbanding RM42.5 bilion pada tahun kewangan 2022. 

Pada suku keempat berakhir 30 Jun 2023, keuntungan bersih kumpulan itu naik 124 peratus kepada RM622 juta manakala perolehan pada suku tahun tersebut meningkat 22.4 peratus kepada RM13.3 bilion berbanding RM10.9 bilion pada suku keempat tahun kewangan 2022.

Sime Darby turut mengisytiharkan dividen interim kedua sebanyak 10 sen sesaham pada suku keempat tahun kewangan 2023, perlu dibayar pada 29 Sept 2023.

“Ini menjadikan jumlah pembayaran dividen untuk tahun kewangan 2023 kepada 13 sen sesaham atau RM886 juta, mewakili pembayaran sebanyak 61 peratus daripada keuntungan bersih,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Datuk Jeffri Salim Davidson berkata prestasi kumpulan yang kukuh itu didorong oleh strateginya dalam persekitaran pasaran yang mencabar.

“Kami berhasrat untuk mengembangkan bahagian perindustrian kami di Australia. Dengan pengambilalihan Onsite Rental Group Ltd, yang merupakan peneraju dalam pasaran penyewaan peralatan perlombongan dan pembinaan, kami bersedia untuk menguasai permintaan yang semakin meningkat dalam sektor sumber, infrastruktur dan tenaga di Australia.

“Kami berharap untuk menyaksikan Onsite terus menyumbang secara positif kepada pendapatan kumpulan,” katanya, sambil menambah pengumuman kumpulan itu baru-baru ini untuk mengambil alih Cavpower Group, pengedar Caterpillar di Australia Selatan, merupakan peluang yang jarang berlaku untuk mengembangkan operasi perindustrian syarikat itu di Australia.

Mengenai segmen permotoran, Jeffri berkata Sime Darby mengumumkan pengambilalihan 61.2 peratus kepentingan dalam UMW Holdings Bhd hari ini, merupakan perjanjian yang membawa perubahan kepada syarikat berikutan langkah itu akan memberi kumpulan kehadiran penuh dalam spektrum automotif, dengan penambahan jenama pasaran massa volum tinggi — Perodua and Toyota — dalam portfolio permotorannya. 

“Ini juga penting kepada kami berikutan ia akan membantu kami mengukuhkan perniagaan permotoran kami di Malaysia dan membolehkan kami memainkan peranan yang lebih besar dalam industri automotif tempatan,” katanya.

Jeffri memberitahu Bernama dalam satu temu bual eksklusif sebelum ini bahawa Sime Darby membeli 61.2 peratus kepentingan dalam UMW daripada Permodalan Nasional Bhd (PNB) pada RM3.57 bilion secara tunai, untuk mempertingkat dan memperkukuh kehadirannya dalam sektor automotif Malaysia.

Langkah itu, yang menjadi antara perjanjian penggabungan dan pembelian terbesar di Malaysia, akan mentransformasikan Sime Darby secara strategik menjadi peserta automotif terkemuka di negara ini dengan penambahan Toyota dan Perodua, menguasai sehingga 60 peratus daripada jumlah keseluruhan industri automotif domestik.

— BERNAMA

Tags: Jeffri Salim DavidsonKeputusanSime Darby
Share350ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In