• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 27, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Projek Rintis Catat Kejayaan Besar, MK Land Sasar Bangunkan Lebih Banyak Ladang Solar

in Catalyst
A A
Projek Rintis Catat Kejayaan Besar, MK Land Sasar Bangunkan Lebih Banyak Ladang Solar
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KERIAN, 23 Ogos (Bernama) — Pemaju hartanah, MK Land Holdings Berhad (MK Land) merancang untuk mewujudkan lebih banyak ladang solar di negeri-negeri di utara Semenanjung terutamanya Kedah susulan kejayaan projek pertamanya, loji solar fotovoltaik (PV) berskala besar dengan kapasiti 10.95 megawatt (MW) di sini. 

Pengarah Solar Citra Sdn Bhd (SCSB), Kamarulzaman Abu Bakar berkata projek rintis di Lembah Beriah, Kerian telah mula membekalkan tenaga solar kepada Tenaga Nasional Berhad (TNB) sejak Jun lalu dengan sasaran kutipan kira-kira RM400,000 sebulan. 

“Berdasarkan kejayaan di Lembah Beriah, Solar Citra Sdn Bhd milik penuh MK Land telah dipilih pada 8 Ogos lalu oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) sebagai salah satu pengeluar tenaga solar di bawah Program Tenaga Hijau Korporat (CGPP) di Kulim, Kedah. 

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“SCSB bersama Total Energies Renewables SAS dianugerahkan kuota 30 megawatt (MW) di tanah berkeluasan 52 hektar iaitu tiga kali ganda keluasan di Lembah Beriah menjelang 2025,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Beliau berkata demikian selepas meraikan kejayaan MK Land mencapai pengoperasian komersial loji janakuasa solar fotovoltaik berskala besar 10.95 MW di bawah skim projek Solar Skala Besar 4 (LSS4).

Turut hadir Pengerusi MK Land, Felina Mustapha Kamal, Pengarah Urusan Solarvest, Lim Chin Siu dan Pengurus Teknikal GoodWe Malaysia, Muhammad Farhan Zainuddin.

SCSB telah melantik Solarvest Holdings Berhad sebagai penyedia penyelesaian kejuruteraan, perolehan, pembinaan dan pentauliahan (EPCC) untuk projek di Lembah Beriah di atas tanah berkeluasan 16 hektar. 

Pada Julai 2021, SCSB menganugerahkan kontrak EPCC kepada Atlantic Blue Sdn. Bhd, anak syarikat Solarvest dan GoodWe selaku subkontraktor yang juga pengeluar dan pembekal peranti penyongsang solar projek itu. 

MK Land kemudiannya menandatangani perjanjian pembelian tenaga solar dengan Tenaga Nasional Berhad pada Ogos 2021 untuk tempoh 21 tahun selepas tapak itu ditauliahkan pada 30 Dis 2022. 

Kamarulzaman berkata loji solar PV baharu itu siap tujuh bulan lebih awal dari masa yang telah ditetapkan dan ia membuktikan keupayaan serta komitmen pihaknya dalam penyampaian kejuruteraan dan penyelesaian teknikal untuk projek LSS4. 

“Ladang solar ini menggunakan lebih 32,000 panel suria dengan kos RM52 juta dan ia akan menjana tenaga elektrik pada kadar 11 MW yang disalurkan kepada Pencawang Masuk Utama (PMU) Bukit Merah sebagai sumber tenaga baharu. 

“Melalui GoodWe, kita menggunakan inovasi teknologi terkini dalam menghasilkan peranti penyongsang solar, stesen voltan sederhana termasuk teknologi komunikasi talian kuasa yang memudahkan kawalan jauh melalui kabel arus ulang alik sederhana untuk mengurangkan kos sistem,” katanya. 

Katanya pihaknya berperanan membina aset tenaga boleh diperbaharui di seluruh Semenanjung selain menyumbang kepada aspirasi negara untuk mencapai neutraliti karbon menjelang 2050.

— BERNAMA

Tags: elektrikjanakuasaKamarulzaman Abu BakarladangMK Landsolartenaga diperbaharui
Share282ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In