• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Kerugian Bersih Pos Malaysia Meningkat Kepada RM27.01 Juta

in Catalyst
A A
Kerugian Bersih Pos Malaysia Berkurangan Kepada RM33.6 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 23 Ogos (Bernama) — Kerugian bersih Pos Malaysia Bhd untuk suku kedua berakhir 30 Jun 2023 meningkat kepada RM27.01 juta daripada RM5.25 juta yang dicatatkan dalam tempoh yang sama tahun sebelum ini.

Hasil bagi suku dalam tinjauan menurun kepada RM465.20 juta berbanding RM517.26 juta sebelumnya. 

Syarikat itu dalam satu makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata perolehan bagi segmen pos susut 16 peratus untuk tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2023, disumbangkan oleh kejatuhan dalam perniagaan kurier berikutan penurunan jumlah keseluruhan bungkusan daripada pelanggan kontrak.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Selain itu, pemain e-dagang utama telah memanfaatkan keupayaan penghantaran sumber mereka manakala pemain antarabangsa meneruskan strategi penembusan untuk menguasai bahagian pasaran yang lebih tinggi dalam perniagaan kurier,” katanya.

Hasil dalam segmen logistik mencatatkan pertumbuhan 7.0 peratus kepada RM169.4 juta semasa tempoh tersebut. 

“Peningkatan ini disumbangkan oleh perniagaan pengurusan kargo (terutamanya daripada penghantaran barang) dan logistik automotif. 

“Segmen logistik memberikan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM2.2 juta berbanding kerugian sebelum cukai berjumlah RM11.7 juta pada tempoh kewangan lepas atas hasil yang lebih tinggi manakala kos dikekalkan,” katanya.

Sementara itu , segmen penerbangan menyumbang lonjakan hasil sebanyak RM141.4 juta terutamanya daripada peningkatan perniagaan katering dalam penerbangan dan pengendalian darat.

 “Ini berikutan pertambahan dalam jumlah makanan untuk penerbangan komersil serta berkaitan umrah, manakala lonjakan jumlah penerbangan yang dikendalikan menyumbang secara positif kepada hasil pengendalian darat.

“Bagaimanapun, keuntungan sebelum cukai susut kepada RM2.9 juta akibat tanggungan kos yang lebih tinggi bagi menyokong pertumbuhan dalam transaksi,” katanya.

Segmen lain, yang merangkumi percetakan serta sisipan, sijil digital dan Ar-Rahnu, mencatatkan pendapatan RM88.0 juta dalam tempoh berkenaan, menokok 35 peratus berbanding tahun lepas, disumbangkan terutamanya oleh Ar-Rahnu.

Secara keseluruhan, Pos Malaysia berkata industri akan terus menghadapi cabaran, termasuk persaingan yang semakin bertambah, peningkatan kos operasi dan ancaman keselamatan siber.

“Kumpulan itu komited sepenuhnya untuk mengukuhkan prestasi kewangannya dengan menerima teknologi digital, meningkatkan perjalanan pelanggan, selain memperjuangkan kemampanan demi masa depan yang lebih hijau dan bersih. Tumpuan utama kami adalah untuk mewujudkan model perniagaan yang mengutamakan kebajikan pekerja, pelanggan dan alam sekitar,” tambahnya lagi.

Sementara itu, dalam satu kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Charles Brewer berkata syarikat itu beroperasi dalam persekitaran yang sangat mencabar serta akan terus mengharungi cabaran tersebut dengan memberi tumpuan kepada kos berubah, rasionalisasi rangkaian dan aliran kerja komersialnya.

“Melangkah ke hadapan, dengan cabaran yang mungkin akan berterusan, kami optimis tetapi berhati-hati dan menjangkakan keputusan yang lebih baik untuk kumpulan pada 2023,” katanya.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaKeputusanPos Malaysia
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In