• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Tinggi Pada Sesi Pembukaan Urus Niaga Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global


KUALA LUMPUR, 24 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pagi ini, mengambil petunjuk daripada prestasi semalaman Wall Street yang positif.

Pada 9.30 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) meningkat 5.52 mata kepada 1,445.63 daripada 1,440.11 pada penutupan dagangan Rabu, selepas dibuka pada paras 1,440.11, meningkat 1.41 mata.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 280 berbalas 202, manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,567 tidak diniagakan dan 15 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 741.78 juta unit bernilai RM205.79 juta.

Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata FBM KLCI merosot pada Rabu apabila pelabur mengambil peluang untuk mengambil keuntungan atas kebimbangan mengenai keadaan ekonomi China.

“Walaupun pembetulan itu dianggap sihat, kami menjangkakan lantunan segera akan berlaku kerana aktiviti memburu saham murah akan muncul dalam masa terdekat. Justeru, indeks utama diunjur berlegar dalam julat 1,440-1,450 hari ini,” katanya kepada Bernama.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah dua sen kepada RM9.01, Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing menokok satu sen menjadi RM4.09 dan RM6.81 sementara CIMB meningkat empat sen kepada RM5.62 dan TNB mengembang tiga sen menjadi RM10.02. 

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan CN Asia peroleh setengah sen kepada 5.5 sen dan 24.5 sen, Reach Energy meraih satu sen kepada 4.5 sen, Hong Seng turun setengah sen menjadi lima sen dan Perdana Petroleum dan Parkson masing-masing susut satu sen kepada 22.5 sen dan 35.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 36.14 mata kepada 10,672.04, Indeks FBMT 100 naik 37.06 mata untuk mencatatkan paras 10,355.84 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 30.09 mata kepada 10,889.88.

Indeks FBM 70 pula peroleh 40.4 mata menjadi 14,159.97, dan Indeks FBM ACE meningkat 0.34 mata kepada 5,285.48.

Mengikut sektor, Indeks Tenaga meningkat 1.25 mata kepada 825.03, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.04 mata kepada 168.39 dan Indeks Perkhidmatan Kewangan menokok 56.27 mata kepada 16,239.26 manakala Indeks Perladangan merosot 5.21 mata kepada 6,957.87.

— BERNAMA

TAG: Bursa Malaysia, FBM KLCI, Rakuten Trade. 

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCI
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In