• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, November 7, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Untung Bersih IOI Corp Bagi Tahun Kewangan 2023 Jatuh Kepada RM1.11 Bilion

in Catalyst
A A
Untung Bersih IOI Corp Bagi Tahun Kewangan 2023 Jatuh Kepada RM1.11 Bilion
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 22 Ogos (Bernama) — IOI Corporation Bhd (IOI Corp) mencatatkan keuntungan bersih yang lebih rendah kepada RM1.11 bilion bagi tahun kewangan berakhir 30 Jun, 2023 (TK2023) berbanding RM1.72 bilion pada TK2022.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata hasil juga merosot kepada RM11.58 bilion berbanding RM15.58 bilion sebelumnya.

IOI Corp berkata keuntungan sebelum cukai (PBT) asas adalah sebanyak RM1.76 bilion untuk TK2023, lebih rendah sebanyak 31 peratus daripada PBT asas sebanyak RM2.54 bilion untuk TK2022, disebabkan oleh sumbangan yang lebih rendah daripada segmen perladangan, pengurangan oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada segmen pembuatan berasaskan sumber.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Mengenai prospek, kumpulan itu berkata syarikat menjangkakan harga minyak sawit mentah (MSM) kekal dalam julat di antara RM3,500 dan RM4,000 setan sehingga akhir tahun sebelum bergerak lebih tinggi berikutan pengeluaran buah sawit yang lebih rendah disebabkan kesan fenomena El Nino, yang dijangka meningkat dalam beberapa bulan akan datang.

“Bagi segmen perladangan kami, kami mengunjurkan peningkatan sederhana dalam pengeluaran tandan buah segar (FFB) bagi TK2024 walaupun terdapat kesan buruk fenomena El Nino dan mempercepatkan lagi program penanaman semula yang berterusan di Sabah.

“Jika semua perkara dipertimbangkan, kami optimistik dengan prestasi kewangan yang memuaskan bagi segmen perladangan pada TK2024,” katanya.

IOI Corp juga berkata kadar pertukaran dolar AS-ringgit, memberi kesan kepada keuntungan/kerugian yang diterjemahkan melalui pertukaran asing daripada pinjaman dalam denominasi dolar AS, dan akan menjadi mudah turun naik berikutan ketidaktentuan dalam dasar monetari Rizab Persekutuan AS.

Secara keseluruhannya, kumpulan itu menjangkakan prestasi operasi dan kewangannya untuk TK2024 adalah memuaskan.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaIOI Corporationkeputusan korporatminyak sawitTK2023
Share225ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

3 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

3 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

3 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

3 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In