• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Monday, April 20, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Unit BHIC Jual 20.77 Peratus Kepentingan Dalam Boustead Naval Shipyard Pada Harga RM1

in Catalyst
A A
Unit BHIC Jual 20.77 Peratus Kepentingan Dalam Boustead Naval Shipyard Pada Harga RM1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Boustead Heavy Industries Corporation Bhd (BHIC) menjual keseluruhan 20.77 peratus kepentingannya dalam Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd (BNS) yang merugikan kepada Ocean Sunshine Bhd, iaitu unit tidak langsung Menteri Kewangan (Diperbadankan) pada harga RM1.

Pelupusan 27 juta saham itu yang dipegang oleh anak syarikat milik penuh tidak langsung BHIC, Perstim Industries Sdn Bhd, adalah untuk memudahkan keputusan kerajaan memperoleh 100 peratus saham BNS bagi memastikan projek kapal tempur pesisir (LCS) siap, kata kontraktor pertahanan itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Syarikat induk BHIC, Boustead Holdings Bhd kini memiliki 68.85 peratus kepentingan ekuiti dalam BNS, manakala Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT), yang mengawal kumpulan Boustead, memegang baki 10.38 peratus kepentingan.

BNS, yang terlibat dalam pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan kapal-kapal tentera laut, merekodkan kerugian selepas cukai sebanyak RM150.12 juta dan liabiliti bersih RM848.45 juta bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2022.

Pada 26 Mei, Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan mengumumkan Kementerian Kewangan telah mewujudkan syarikat bertujuan khas (SPV) untuk mengambil alih BNS.

“Ini perlu untuk kita memastikan supaya hasrat kita bagi meneruskan pembinaan LCS ini dapat dicapai dan berjaya seperti yang dikehendaki oleh Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) dan Angkatan Tentera Malaysia,” kata beliau pada waktu itu.

Dalam pengumumannya itu, BHIC berkata selain memudahkan keputusan kerajaan untuk mengambil alih BNS, cadangan pelupusan itu juga merupakan sebahagian daripada usaha penstrukturan semula organisasi dan operasi kumpulan untuk menyelaras dan menjajarkan semula entiti dalam syarikat dan anak-anak syarikatnya yang berkaitan.

Syarikat itu menambah bahawa ini adalah untuk memastikan BNS dapat menyiapkan pembinaan dan penghantaran LCS kepada TLDM dalam tempoh masa yang ditetapkan mengikut kontrak LCS.

Selain itu, BHIC berkata Ocean Sunshine sebagai pemegang saham strategik baharu adalah selaras dengan rancangan BNS untuk mengukuhkan perniagaan dan operasinya berhubung pembinaan, pembaikan dan penyelenggaraan kapal-kapal tentera laut dan pembinaan kapal komersial.

Tertakluk kepada semua kelulusan yang perlu diperoleh, cadangan pelupusan itu dijangka selesai pada suku keempat 2023.

— BERNAMA

TAG: Boustead Naval Shipyard, BHIC, LCS, kapal tempur pesisir, Tentera Laut Diraja Malaysia

Tags: BHICBoustead Naval Shipyardkapal tempur pesisirLCSTentera Laut Diraja Malaysia
Share251ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In