• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Dagangan Bursa Malaysia Dibuka Bercampur-Campur Pagi Ini

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka bercampur-campur pada urus niaga Isnin di tengah-tengah sentimen lemah dalam pasaran yang lebih luas.

Pada 9.20 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 2.51 mata kepada 1,448.60 daripada 1,446.09 pada penutup Jumaat.

Indeks utama dibuka 0.6 mata lebih tinggi pada 1,446.69.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagaimanapun, di pasaran yang lebih luas, kaunter rugi mengatasi kaunter untung 251 berbalas 235, manakala 280 kaunter tidak berubah, 1,590 tidak diniagakan dan 26 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 474.57 juta bernilai RM180.15 juta.

Menurut Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini, ia menjangkakan permintaan luar (eksport) yang perlahan mungkin terus mempengaruhi pertumbuhan.

“Sementara itu, saham berharga murah diunjur tidak banyak berubah dengan fokus utama beralih ke arah pengumuman pengeluaran pendapatan korporat.

“Namun, pada pendapat kami, sebarang penyusutan selanjutnya mungkin mampu menarik kegiatan memburu saham murah,” jelasnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, CIMB meningkat lima sen kepada RM5.55, TNB menambah dua sen menjadi RM9.95, Maybank dan Public Bank masing-masing tidak berubah pada RM9 dan RM4.13, manakala Petronas Chemicals susut dua sen kepada RM6.80 dan IHH Healthcare turun lima sen kepada RM6.00.

Bagi saham aktif, Parkson mengembang 2.5 sen kepada 29.5 sen, SWS Capital lebih tinggi 1.5 sen menjadi 34.5 sen, Tanco tidak berubah pada 56 sen sementara KNM rendah satu sen kepada 9.5 sen. 

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 17.14 mata kepada 10,678.70, Indeks FBMT 100 naik 16.83 mata menjadi 10,364.36 dan Indeks FBM Emas Syariah meningkat 9.07 mata kepada 10,882.58.

Indeks FBM 70 lebih tinggi 18.25 mata kepada 14,117.77 tetapi Indeks ACE FBM susut 1.34 mata kepada 5,262.80.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 25.94 mata kepada 16,288.04, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.38 mata kepada 167.65, Indeks Tenaga turun 1.04 mata menjadi 814.22, manakala Indeks Perladangan turun 6.62 mata kepada 9,989.18.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca Securities
Share207ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In