fbpx
  • Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 16, 2025
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Keuntungan Bersih Suku Kedua 2023 Kerjaya Prospek Naik Kepada RM31.6 Juta

in Catalyst
A A
Keuntungan Bersih Suku Ketiga Kerjaya Prospek Susut RM30.38 Juta
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Keuntungan bersih Kerjaya Prospek Group Bhd meningkat kepada RM31.57 juta pada suku kedua berakhir 30 Jun, 2023 berbanding RM28.54 juta pada suku yang sama tahun lepas.

Perolehan meningkat kepada RM309.28 juta pada suku kedua 2023 daripada RM276.92 juta sebelumnya berikutan kemajuan dalam pengebilan disebabkan dalam aktiviti pembinaan yang bertambah baik, kata syarikat itu dalam satu kenyataan hari ini.

Kumpulan itu berkata perolehan bagi separuh pertama 2023 meningkat lima peratus tahun ke tahun kepada RM606.5 juta, manakala keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti naik 6.2 peratus tahun ke tahun kepada RM61 juta.

“Segmen pembinaan terus menjadi penyumbang utama hasil iaitu sebanyak 99.8 peratus daripada perolehan Separuh Pertama 2023. Trend ini dijangka berterusan pada masa depan,” katanya.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutifnya Tee Eng Tiong berkata prestasi kewangan syarikat perlahan-lahan kembali semula ke tahap seperti sebelum pandemik dengan sumbangaan hasil yang berterusan daripada segmen pembinaan berikutan penyambungan semula sepenuhnya aktiviti tapak pembinaan dan pertambahan tenaga kerja berikutan aliran masuk pekerja asing.

“Setakat ini bagi tahun ini, kami telah memperoleh kontrak bernilai RM983.8 juta, termasuk kontrak berjumlah RM404.4 juta daripada BCM Holdings Sdn Bhd bagi kerja pembinaan berkaitan cadangan projek pembangunan kediaman di Kuala Lumpur.

“Kami kini hampir mencapai sasaran kami memperoleh kontrak bernilai RM1.2 bilion bagi tahun kewangan ini dan akan meneruskan usaha untuk mencapai matlamat tersebut,” katanya.

Meanwhile, the group declared a second interim single-tier dividend of 2.0 sen per share for the financial year ending Dec 31, 2023, payable on Oct 6, 2023.

Sementara itu, kumpulan tersebut mengisytiharkan dividen interim kedua satu peringkat sebanyak 2.0 sen sesaham bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023, yang perlu dibayar pada 6 Okt, 2023.

— BERNAMA

TAG: Kerjaya Prospek, keputusan, suku kedua 2023, keuntungan, pembinaan

Tags: KeputusanKerjaya Prospekkeuntunganpembinaansuku kedua 2023
Share220ShareSend

Related Posts

Untung Bersih Suku Ketiga Dialog Susut Kepada RM133.07 Juta
Catalyst

Dialog Group Catat Untung Bersih Lebih Rendah Kepada RM134.96 Juta

1 hour ago
Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?
Catalyst

Trump, Tarif & Pelabur Runcit: Siapa Sebenarnya Yang Kena “Game”?

1 day ago
Petronas Mulakan Perniagaan LNG Di Pelabuhan Pasir Gudang
Catalyst

Petronas Meterai PSC Baharu Untuk Medan Gas Blok I Di Turkmenistan

1 day ago
Keuntungan Bersih Suku Pertama 2024 Westports Meningkat Kepada RM204.51 Juta
Catalyst

Untung Bersih Westports Naik Sembilan Peratus Kepada RM222.46 Juta Pada Suku Pertama 2025

7 days ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In