• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi Namun Turun Selepas Itu Berikutan Pengambilan Untung

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 18 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Jumaat namun mengalami penurunan selepas itu berikutan pengambilan untung yang berlanjutan di kaunter berwajaran tinggi terpilih, dalam keadaan sentimen yang kebanyakannya lemah dalam bursa serantau, kata peniaga.

Pada 9.34 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 1.67 mata kepada 1,446.31 daripada 1,447.98 ketika ditutup pada Khamis.

Indeks utama itu dibuka 1.25 mata lebih tinggi kepada 1,449.23.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Bagi keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 342 berbanding 154, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,542 kaunter tidak diniagakan dan 29 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 546.91 juta unit bernilai RM219.92 juta.

Menurut Malacca Securities pelabur akan menumpukan data Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia bagi suku kedua 2023 yang akan diumumkan hari ini.

“Kami percaya pasaran mungkin memberi reaksi positif sekiranya angka yang dilaporkan melebihi jangkaan konsensus Bloomberg iaitu 3.6 peratus pertumbuhan tahun ke tahun,” jelasnya dalam nota penyelidikan.

Pada masa sama, firma pembrokeran itu juga menjangkakan sektor hartanah meneruskan pergerakan positif.

Ini kerana menurut Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) kebanyakan peserta hartanah menjadi lebih optimistik pada separuh pertama 2024, tambahnya.

“Data kenderaan yang kukuh mungkin meningkatkan saham berkaitan automotif, manakala sektor tenaga mungkin bergerak seiring dengan harga minyak mentah yang lebih tinggi,” jelasnya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank naik 2.0 sen kepada RM8.99, Petronas Chemicals meningkat 1.0 sen kepada RM6.80, Public Bank tidak berubah pada RM4.16, manakala CIMB dan Tenaga Nasional masing-masing menguncup 6.0 sen kepada RM5.58 dan RM9.89.

Bagi saham aktif, Hong Seng susut setengah sen kepada 6.0 sen, manakala Tanco naik 1.0 sen kepada 56 sen, Parkson menambah 3.0 sen kepada 25 sen dan Awanbiru meningkat 2.0 sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 18.10 mata kepada 10,661.47; Indeks FBMT 100 susut 16.32 mata kepada 10,348.34; Indeks FBM Emas Syariah kurang 15.37 mata kepada 10,862.05; Indeks FBM 70 menguncup 40.94 mata kepada 14,097.31 dan Indeks FBM ACE merosot 55.69 mata kepada 5,257.85.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan susut 26.22 mata kepada 16,267.24; Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.23 mata kepada 167.44; Indeks Tenaga kurang 0.96 mata kepada 813.91 namun, Indeks Perladangan meningkat 30.67 mata kepada 9,951.53.

— BERNAMA

Tags: BloombergBursa MalaysiaFBM KLCIKDNKMalacca Securitiesperbankan
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In