• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, April 25, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Bursa Malaysia Dibuka Rendah

in Catalyst
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 17 Ogos (Bernama) — Bursa Malaysia dibuka rendah pada Khamis berikutan aktiviti pengambilan untung dalam saham wajaran tinggi terpilih, seiring dengan sentimen lemah di bursa serantau berikutan pelabur masih bimbang dengan unjuran ekonomi yang lemah, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 5.50 mata kepada 1,458.01 daripada 1,463.51 sewaktu ditutup pada Rabu.

Indeks utama dibuka rendah 2.90 mata kepada 1,460.61.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Di keseluruhan pasaran, kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 272 kepada 141, manakala 310 kaunter tidak berubah, 1,617 tidak diniagakan dan 16 yang lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 512.11 juta unit bernilai RM135.84 juta.

Malacca Securities berkata pihaknya meramalkan prestasi positif dalam tempoh beberapa hari kebelakangan ini akan berlanjutan, dengan dana asing akan meneruskan mod belian bersihnya.

“FBM KLCI mengatasi pasaran serantau yang sebahagian besarnya negatif, didorong oleh pembelian pada jam terakhir dalam saham wajaran tinggi terpilih utiliti dan perbankan.

“Saham berharga rendah mungkin turut memanfaatkan sentimen pasaran yang positif dengan belian secara bergilir-gilir paling ketara terhadap saham-saham berkaitan pembinaan dan hartanah,” katanya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bagaimanapun, menurutnya perkembangan negatif dalam tempoh semalaman di Wall Street berikutan sentimen cenderung kepada kadar faedah tinggi oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat mungkin mengehadkan potensi kenaikan pasaran tempatan hari ini.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank tidak berubah pada RM9.03, manakala Public Bank dan Petronas Chemicals masing-masing merosot 3.0 sen kepada RM4.16 dan RM6.82, CIMB turun 5.0 sen kepada RM5.68 dan Tenaga Nasional menyusut 8.0 sen kepada RM9.91.

Bagi saham aktif, Hong Seng menokok 1.0 sen kepada 7.0 sen dan Sapura Energy tidak berubah pada 5.5 sen, manakala Aimflex menyusut setengah sen kepada 20 sen dan Awanbiru berkurangan 17.5 sen kepada 22.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas rendah 34.77 mata kepada 10,735.09, Indeks FBMT 100 turun 35.46 mata kepada 10,417.25, Indeks FBM Emas Syariah menguncup 31.86 mata kepada 10,935.09, Indeks FBM 70 turun 31.79 mata kepada 14,128.66 dan Indeks FBM ACE merosot 44.68 mata kepada 5,333.06.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 51.51 mata kepada 16,364.43, Indeks Perladangan berkurangan 25.47 mata kepada 7,008.99, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian merosot 0.54 mata kepada 167.90 dan Indeks Tenaga turun 4.66 mata kepada 825.61.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaFBM KLCIMalacca SecuritiesperbankanWall Street
Share216ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In