• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, May 1, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Velesto Energy Peroleh Dua Kontrak Daripada EMEPMI Dan Jadestone

in Catalyst
A A
Velesto Berusaha Mendapatkan Kembali Naga 7 Yang Tenggelam
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Velesto Energy Bhd (VEB) memperoleh dua kontrak masing-masing daripada ExxonMobil Exploration and Production Malaysia Inc (EMEPMI) dan Jadestone Energy Group yang beribu pejabat di Singapura.

Penyedia perkhidmatan sektor minyak dan gas huluan itu berkata unit milik penuh tidak langsungnya, Velesto Workover Sdn Bhd, menerima surat lantikan untuk menyediakan unit dan perkhidmatan kerja pulih hidraulik dan perkhidmatan bagi program telaga EMEPMI.

Kumpulan VEB menugaskan unit Gait 6nya untuk melakukan kerja pulih, palam dan peninggalan, dengan tarikh permulaan projek dijangka pada suku ketiga tahun ini bagi kontrak selama dua tahun, kata syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Nilai kontrak itu akan berdasarkan kepada kadar dan perintah kerja yang dipersetujui, jika ada, yang akan dikeluarkan oleh EMEPMI dalam tempoh kontrak.

Sementara itu, dalam makluman berasingan, VEB mengumumkan unit milik penuh tidak langsungnya Velesto Drilling Sdn Bhd  memperoleh kontrak bernilai US$6.1 juta (RM28.3 juta) daripada Jadestone Energy (M) Pte Ltd untuk menyediakan pelantar penggerudian jack-up Velesto Naga 2.

Kontrak itu melibatkan penggerudian empat telaga di bawah program gerudi tambah Jadestone Energy di lapangan minyak Belumut Timur, luar pantai Semenanjung Malaysia, yang juga dijangka bermula pada Suku Ketiga 2023.

Velesto Naga 2 ialah pelantar jack-up premium dengan keupayaan kedalaman penggerudian 30,000 kaki dan kedalaman air operasi berkadar 350 kaki.

VEB berkata kedua-dua kontrak itu dijangka menyumbang kepada pendapatan dan aset bersih kumpulan bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023 dan 2024.

— BERNAMA

Tags: ExxonMobilJadestone EnergykontrakVelesto Energy
Share238ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In