• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, April 21, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Eversendai Peroleh Projek Baharu Bernilai RM188 Juta Di Arab Saudi, India

in Catalyst
A A
Eversendai Catat Rekod Dunia Menerusi Pembangunan One Za’abeel Di Dubai

Sumber Gambar : Website Eversendai

Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Eversendai Group mengumumkan bahawa anak syarikatnya di Arab Saudi dan India telah memperoleh projek baharu bernilai RM188 juta untuk kerja-kerja keluli struktur.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, ia berkata pasaran pembinaan di Arab Saudi menunjukkan pertumbuhan besar-besaran tahun ini dan projek-projek yang memberi hasil lumayan.

“Ia berasaskan kepada masyarakat, ekonomi yang berkembang maju dan negara yang beraspirasu tinggi. Mempelbagaikan ekonomi kerajaan adalah penting untuk kemampanannya selaras dengan ‘Wawasan 2030 Arab Saudi’, ini adalah visi Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Mohammed bin Salman bin Abdulaziz Al-Saud,” katanya.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

Eversendai berkata pihaknya optimis dan meningkatkan usaha untuk mengukuhkan kedudukannya bagi mendapatkan lebih banyak projek, projek keluli berstruktur itu sangat kompleks, sesuai dengan keupayaan teknikal kumpulan dan rekod prestasi cemerlang dalam melaksanakan projek di 18 negara serta mematuhi keselamatan, kualiti dan menyiapkan projek tepat pada masanya.

“Kami sedang dalam proses memuktamadkan projek berkenaan dengan rakan kongsi tempatan untuk menerajui pengembangan dan pertumbuhan Eversendai di Arab Saudi.

“Selain itu, syarikat dalam proses untuk menubuhkan kilang dengan kapasiti fabrikasi tahunan sebanyak 60,000 tan berdekatan Riyadh untuk menyokong keperluan keluli struktur yang besar,” kata Pengarah Urusan Kumpulan Eversendai Corporation Bhd, Tan Sri A.K. Nathan.

Pada waktu rehat tengah hari, saham Eversendai tidak berubah pada 13.5 sen dengan 401,000 saham bertukar tangan.

— BERNAMA

Tags: Arab SaudiEversendaikelulipembinaanprojek
Share223ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

9 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

9 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

9 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In