• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Sunday, April 19, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Sedikit, Prestasi Serantau Turut Lemah

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah Pada Sesi Permulaan Urus Niaga Pagi Ini
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

KUALA LUMPUR, 16 Ogos (Bernama) — Kegiatan pengambilan untung sederhana membabitkan saham wajaran tinggi terpilih menyaksikan Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada pagi dagangan Rabu selain bergerak seiring sentimen lemah bursa serantau, kata peniaga.

Pada 9.15 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.87 mata untuk mencatatkan paras 1,459.41 berbanding 1,460.28 pada penutup Selasa.

Indeks utama dibuka 1.25 mata lebih rendah pada 1,459.03.

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter rugi mengatasi kaunter untung 224 berbalas 155, manakala 298 kaunter tidak berubah, 1,663 tidak diniagakan dan 14 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 362.11 juta unit bernilai RM129.38 juta.

Menurut Malacca Securities dalam nota penyelidikannya hari ini, ia menjangkakan indeks utama meningkat, didorong oleh persekitaran politik yang stabil serta aliran masuk dana asing yang tidak terganggu sepanjang tujuh sesi dagangan berturut-turut yang lepas.

Selain itu, pencarum aktif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja sebanyak 8.5 juta, tertinggi dalam sejarah turut menandakan pasaran pekerjaan yang teguh.

“Pada masa sama, pelabur akan sentiasa memantau minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat yang dijangka dapat memberikan petunjuk tambahan mengenai hala tuju kadar faedah dalam ekonomi terbesar dunia itu,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 1.0 sen kepada RM9.04 dan IHH Healthcare menokok 2.0 sen kepada RM6.02 manakala Public Bank, CIMB dan Tenaga Nasional kesemuanya tidak berubah, masing-masing mencatatkan RM4.21, RM5.68 dan RM9.89.

Bagi saham aktif, Classita, Tanco dan KNM Group tidak berubah, masing-masing pada 7.5 sen, 55 sen dan 8.0 sen manakala Advance Synergy peroleh setengah sen menjadi 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 5.06 mata menjadi 10,743.18, Indeks FBMT 100 susut 5.50 mata kepada 10,427.47 dan Indeks FBM Emas Syariah berkurangan 10.97 mata kepada 10,939.43.

Indeks FBM 70 rendah 4.29 mata kepada 14,143.53 dan Indeks FBM ACE susut 24.27 mata kepada 5,310.95.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 3.40 mata kepada 16,404.55, Indeks Perladangan susut 16.08 mata menjadi 7,001.39, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian turun 0.24 mata kepada 167.78 dan Indeks Tenaga berkurangan 2.31 mata kepada 833.17.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaChinaFBM KLCIMalacca Securitiesminyak sawit
Share210ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In