• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Saturday, January 17, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

UEM Sunrise Beli Tanah Di Perth Bernilai RM66.39 Juta

in Catalyst
A A
Jualan UEM Sunrise Cecah RM1.46 Bilion, Lepasi Sasaran 2021
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) — UEM Sunrise Bhd membeli tapak pembangunan kediaman pertamanya di Subiaco East di Perth, Australia Barat berharga A$22.18 juta (kira-kira RM66.39 juta).

Dalam kenyataan hari ini, syarikat itu memaklumkan membeli Lot 1 dan 2 kawasan The Oval di Subiaco East daripada DevelopmentWA sebagai antara projek pembangunan semula bandar paling signifikan di negara itu di Subiaco Oval.

Kawasan kediaman guna campur yang akan dibina ini terdiri daripada dua menara dengan kira-kira 430 pangsapuri di Lot 1 dan Lot 2, bergantung kepada kelulusan pembangunan. Ia turut merangkumi perumahan mampu milik sehingga 12 peratus dan pembinaannya dijangka bermula pada 2026.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

UEM Sunrise berkata pembelian tanah di Perth menandakan matlamat syarikat untuk mengembangkan kehadirannya di Australia.

“Kami meninjau peluang pelaburan dengan giat di Perth sejak sekian lama – dengan asas teguh yang menyokong ekonomi, titik permulaan perumahan yang lebih rendah berbanding dengan ibu kota lain, dan beberapa prospek terbaik bagi keuntungan modal di Australia.

“Pembangunan baharu ini menggambarkan peluang hebat untuk menyediakan bekalan perumahan baharu secara berskala dan menjana pelaburan lebih besar untuk bandar ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif UEM Sunrise Sufian Abdullah.

Cadangan pembangunan ini menandakan kejayaan penting keempat bagi UEM Sunrise dari segi pengembangannya di pasaran Australia selepas penyiapan projek Aurora Melbourne Central, menara mega bersepadu tertinggi di pusat perniagaan di bandar itu dan pembangunan bercampur Conservatory di Melbourne.

— BERNAMA

Tags: AustraliaMelbournepembelian tanahPerthUEM Sunrise
Share248ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

6 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

6 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

6 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

6 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In