• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Thursday, April 23, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Rendah Seketika Sebelum Kembali Pulih Disokong Permintaan Belian Baharu

in Market Update
A A
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) —  Bursa Malaysia dibuka rendah sedikit pada Selasa tetapi kembali meningkat selepas itu, disokong oleh permintaan belian baharu terutama dalam kaunter perkhidmatan kewangan terpilih, kata peniaga.

Pada 9.33 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menambah 1.16 mata kepada 1,458.16 daripada 1,457.0 pada penutup Isnin.

Indeks utama dibuka 0.14 mata lebih rendah pada paras 1,456.86.

Berkaitan

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

Pergerakan harga di pasaran yang lebih luas menyaksikan kaunter untung mengatasi kaunter rugi 284 berbalas 197, manakala 293 kaunter tidak berubah, 1,566 tidak diniagakan dan 13 yang lain digantung.

Jumlah dagangan 744 juta unit bernilai RM255.92 juta.

Menurut Malacca Securities menerusi nota penyelidikan, pelabur kini memantau dengan teliti beberapa keluaran data ekonomi China, antaranya jualan runcit, pengeluaran perindustrian dan kadar pengangguran, untuk mengukur prestasi ekonomi kedua terbesar dunia itu.

“Selain itu, kami menjangkakan lonjakan dalam import minyak sawit India akan membawa kesan positif kepada sektor perladangan. Pembukaan semula lawatan berkumpulan ke 78 negara lain dari China mungkin dapat melonjakkan industri berkaitan pelancongan.

“Sementara itu, harga minyak mentah yang lemah berikutan kebimbangan terhadap pemulihan ekonomi China dan nilai dolar AS yang lebih kukuh mungkin menyaksikan beberapa kegiatan pengambilan untung dalam sektor tenaga,” katanya.

Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank menambah 3.0 sen kepada RM9.03, Public Bank dan CIMB masing-masing menokok 1.0 sen setiap satu kepada RM4.16 dan RM5.66, Tenaga Nasional susut  2.0 sen menjadi RM9.78, sementara Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.83.

Bagi saham aktif, Glostrext yang baharu disenaraikan di Pasaran Ace melonjak 12 sen kepada 31 sen, Classita peroleh setengah sen menjadi 9.0 sen manakala MMAG dan Advance Synergy tidak berubah pada 1.0 sen dan 14.5 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas mengukuh 14.25 mata untuk mencatatkan paras 10,726.66, Indeks FBMT 100 meningkat 13.80 mata kepada 10,414.05 dan Indeks FBM Emas Syariah mengembang 8.70 mata kepada 10,944.98,

Indeks FBM 70 meraih  42.02 mata kepada 14,106.23 manakala Indeks FBM ACE susut 1.43 mata kepada 5,323.89.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan meningkat 31.30 mata kepada 16,338.17, Indeks Perladangan susut 20.80 mata kepada 7,053.22, Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian menambah 0.28 mata kepada 167.74 dan Indeks Tenaga meningkat 0.62 mata kepada 834.73.

— BERNAMA

Tags: Bursa MalaysiaChinaFBM KLCIMalacca Securitiesminyak sawit
Share300ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Dibuka Meningkat Dipacu Keadaan Serantau Lebih Reda, Belian Terpilih

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Kenaikan Wall Street Dorong Bursa Malaysia Dibuka Tinggi

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka 0.36 Peratus Lebih Rendah, Jejaki Petunjuk Global

9 months ago
Bursa Malaysia Dibuka Rendah, Saham Dan Bon AS Turut Jatuh
Market Update

Bursa Malaysia Dibuka Tinggi, Indeks Komposit Lepasi 1,530 Dirangsang Perdagangan, Sentimen Positif

9 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In