• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Friday, June 12, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

IHH Beli Pusat Perubatan Timberland, Bina Hospital Baharu 200 Katil Di Sarawak

in Catalyst
A A
IHH Cadang Ambil Alih Syarikat Usaha Sama Ramsay-Sime Darby
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Anak syarikat milik penuh tidak langsung IHH Healthcare Bhd, Pantai Holdings Sdn Bhd akan membeli keseluruhan kepentingan ekuiti dalam Bedrock Healthcare Sdn Bhd bernilai RM245 juta.

IHH Healthcare dalam makluman kepada Bursa Malaysia berkata Pantai Holdings memeterai Perjanjian Pembelian Saham dengan Saravita Holdings Sdn Bhd dan sembilan individu pengasas hari ini.

Bedrock Healthcare menerusi anak syarikat milik penuhnya menguruskan Pusat Perubatan Timberland yang mempunyai 28 katil di Kuching, Sarawak dan telah menyediakan tanah kosong di tengah Kuching bagi pembinaan sebuah hospital baharu dengan 200 katil.

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

“Pembelian ini akan meluaskan kedudukan IHH ke Sarawak dan turut membolehkan IHH meningkatkan operasi Timberland menerusi hospital baharu itu,” katanya.

Pembelian ini dijangka selesai menjelang separuh pertama 2024.

Selepas urusan tersebut selesai, Bedrock Healthcare dan anak-anak syarikatnya akan digabungkan sebagai anak syarikat IHH.

Dalam kenyataan berasingan, Ketua Pegawai Eksekutif IHH Healthcare Malaysia Jean-François Naa berkata pembelian itu akan membolehkan IHH mengukuhkan kedudukannya di Sarawak dengan meningkatkan operasi Timberland menerusi hospital baharu yang akan dibina di tengah Kuching dengan pelaburan selanjutnya kira-kira RM400 juta.

Hospital ini akan memenuhi keperluan penduduk tempatan serta perniagaan pelancongan perubatan yang berkembang pesat dari Indonesia.

Ketika ini IHH mengendalikan 16 hospital di seluruh Malaysia yang terdiri daripada 11 hospital Pantai, empat hospital Gleneagles dan Pusat Perubatan Prince Court.

— BERNAMA

Tags: Bedrock HealthcareIHH HealthcarePusat Perubatan Timberland
Share227ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

11 months ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

11 months ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

11 months ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

11 months ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In