• Notis Privasi
  • Penafian
  • Pengiklanan
Tuesday, August 11, 2026
  • Login
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
No Result
View All Result
The Kapital
The Kapital
No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk
Home Saham Catalyst

Projek Perintis Solar Bumbung Sime Darby Property Seiring Pelancaran NETR

in Catalyst
A A
Sime Darby Property Teroka Penyelesaian Solar Bumbung Seiring Pelancaran NETR Fasa 1
Kongsi ke FacebookKongsi ke TelegramKongsi ke Whatsapp

Berkaitan

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

KUALA LUMPUR, 8 Ogos (Bernama) — Pemaju hartanah sedang meneroka kemungkinan menyepadukan panel solar dalam projek kediaman masa depan mereka dengan evolusi semasa dalam ruang tenaga boleh diperbaharui.

Sebagai permulaan, Sime Darby Property Bhd (SDP) sedang bekerjasama dengan kerajaan untuk mencari mekanisme dan penyelesaian yang sesuai bagi menjalankan projek perintis solar bumbung dalam pembangunan City of Elmina di Shah Alam yang dijangka dilancarkan pada suku keempat tahun ini.

Ia sedang mencari pemajakan atau penyewaan bumbung daripada pemilik rumah dengan kadar tetap dan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memasang panel solar, sekali gus, tenaga yang dihasilkan akan dimanfaatkan.

Projek itu dilaksanakan seiring dengan rangka kerja Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Nasional (NETR), kata Pengarah Urusan kumpulan SDP Datuk Azmir Merican kepada Bernama baru-baru ini.

“Setelah kami memahami keterlihatan dan kerja teknikal yang terlibat, kemudian baru kami boleh tentukan syarat struktur kewangan. Buat masa ini terlalu awal untuk menentukannya,” katanya.

Azmir, dalam satu kenyataan sebelum ini berkata kumpulan itu telah mempertimbangkan untuk menyewa 1,000 unit rumah bertanah sebagai perintis untuk menerajui penyelidikan perbandaran hijau dan pengurangan pelepasan karbon.

Inisiatif ini boleh diperluaskan kepada 10,000 rumah Sime Darby Property yang akan dibangunkan dalam tempoh lima tahun akan datang.

Ini bukan sahaja mengenai penjanaan tenaga tetapi tentang mewujudkan ekosistem melibatkan bumbung rumah SDP yang tidak digunakan sebelum ini digunakan untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk tenaga hijau, katanya.

Semasa pelancaran NETR Khamis lepas, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan mempertimbangkan untuk membenarkan lebih banyak pembangunan perumahan bandar bersepadu berskala besar memasukkan bumbung solar dalam pakej harga mereka, membolehkan pemaju meneroka penyelesaian penyimpanan tenaga.

Rafizi juga berkata projek perintis SDP tidak akan melibatkan pembiayaan kerajaan.

Sementara itu, Pengasas Bersama dan Ketua Pegawai Operasi Progressture Power Sdn Bhd (Progressture Solar) Ng Yew Weng berkata penyepaduan panel solar bumbung perbandaran adalah amalan yang mampan. Tenaga boleh disimpan dan pemaju mungkin tidak perlu mempunyai rizab yang tinggi untuk kuasa elektrik konvensional.

Wang yang dijimatkan boleh dilaburkan semula dalam penyelesaian penyimpanan tenaga, kata Ng.

Kerajaan dan pihak berkepentingan perlu berbincang lebih lanjut untuk menghasilkan idea, konsep dan mekanisme memandangkan idea itu masih baharu, katanya.

Progressture Solar ialah penyedia tenaga bersih dengan tumpuan utama pada penyahkarbonan industri.

Ng juga berkata syarikat itu membantu perniagaan membuat peralihan kepada tenaga mampan untuk mematuhi keperluan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG).

“Insentif cukai dan panel solar yang lebih murah hari ini menjadikannya satu cadangan yang menarik untuk perniagaan membuat peralihan itu kepada tenaga yang bersih,” kata Ng.

— BERNAMA

Tags: Progressture SolarSime Darby Propertytenaga solar
Share286ShareSend

Related Posts

Bursa Malaysia Catat Untung Bersih Lebih Tinggi RM75.03 Juta Pada Suku Pertama
Catalyst

Keuntungan Bersih Bursa Malaysia Susut Kepada RM57.06 Juta Akibat Hasil Operasi Yang Rendah

1 year ago
Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen
Asas Saham

Oxford Innotech Bermula Kukuh Di Pasaran ACE, Catat Harga 36 Sen

1 year ago
Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing
Catalyst

Zetrix AI Tidak Lagi Kendali Pembaharuan Permit Pekerja Asing

1 year ago
TechStore Sasar Raih RM25 Juta Daripada IPO Untuk Pacu Pertumbuhan
Catalyst

TechStore Raih Kontrak Bernilai RM7.75 Juta Di Bawah Projek RTS Link

1 year ago
No Result
View All Result

Follow Kami

Facebook Telegram Youtube
ADVERTISEMENT

Follow Kami

Telegram Facebook Twitter Youtube

Penafian

Segala informasi yang dikongsikan adalah berbentuk pendidikan dan ilmu mengenai bagaimana untuk melabur serta strategi yang anda boleh gunakan.

Maklumat yang terkandung dalam laman ini adalah berdasarkan kepada kajian dan penyelidikan The Kapital (“Penulis”); dan adalah pendapat bertulis semata-mata dan idea daripada Penulis,

Ia tidak melibatkan sebarang aktiviti mengumpul duit serta tidak memberitahu anda pelaburan atau sebarang bentuk sekuriti / saham / bon mana patut anda beli. Saham-saham yang dikongsikan adalah bertujuan pembelajaran sahaja. Perubahan harga yang lepas tidak menjanjikan keuntungan di masa akan datang. Sebarang tindakan atau keputusan untuk melabur adalah keputusan anda.

Kategori

  • Advertorial
  • Asas Saham
  • Aset Digital
  • Berita
  • Catalyst
  • Fundamental Analisis
  • Hebahan
  • Indikator
  • Inspirasi
  • Market Update
  • Pengalaman Saham
  • Produk
  • Saham
  • Saham Global
  • Technical Analysis
  • Trading Idea
  • Uncategorized

Hubungi Kami

Kami menerima banyak pertanyaan daripada media online, media cetak dan juga media elektronik. Jika anda mewakili organisasi media anda, tidak kira surat-khabar, majalah, televisyen dan lain-lain, mohon email ke [email protected]

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

No Result
View All Result
  • Asas Saham
  • Fundamental Analisis
  • Teknikal Analisis
  • Saham Global
  • Pengalaman Saham
  • Inspirasi
  • Produk

Copyright © 2025 Serius Kool Media Sdn Bhd

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In